Khamis, April 21

IKAN KUKUS PERASA TOM YAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah... dapat  kita bersua semula
di  Blog ini. Diharap semua sihat dan ceria di samping
 keluarga. Hari ini sudah 13hb Rejab, sekejab  sahaja masa berlalu . 
Sedar - sedar  sahaja nanti masuk bulan Ramadan . Di harap kita semua
 berpeluang menyambut bulan yang penuh barkah ini. Aamiin....... 
Baiklah hari ini saya ingin berkongsi resipi Ikan Kukus berperisa 
Tom Yam. Sebelum ini saya ada membuat rujukan di interner . Saya
menemui resipi Ikan Kukus daripada seripayaku.blogspot . Jika
 ingin membaca sila kilik di  SINI .  Jadi saya pun ingin
 mencuba resipi ini .Tapi saya telah membuat 
sedikit perubahan ke atas resipi ini 
Oklah.. Jom kita mula memasak..


Di atas ini adalah hasil Ikan Kukus Perisa Tom Yam
 yang telah siap dimasak .


Antara bahan-bahannya :-

Ikan di potong 3 -  saya guna ikan siakap ( telah siap dipotongkan )

Gambar kecil diatas :   ikan dibersihkan, dikelar-kelarkan,
                                          ditoskan dan dilumurkan garam .

 Gambar besar di atas ;    ikan telah siap dikukus .
                                               ia dikukus secara berasingan 
                                              dengan bahan sosnya.



Bahan kisaran

Nenas separuh  potong ( seperti dalam gambar)

Bunga kantan - 1 batang

Daun limau purut 3 - helai 

Daun ketumbar  - 1 pokok 

Serai  -1 batang

Cili api  -6 biji

Halia  -1/2 cm

Bawang putih - 2 ulas

Bawang merah - 3 ulas

Minyak  1 - senduk sederhana

Air - 1 gelas sederhana ( boleh ditambah ikut keperluan)


 Merujuk gambar di di atas :

Saya lebih sukan bahan ini dikisar kerana bila dituangkan
diatas ikan nanti, ia mudah mesra pada isi ikan.Lihat 
gambar  di atas bahan ini telah siap dikisar halus.

Bahan Perasa 

Diatas ini  saya gunakan 1- Kiub  Tom Yam
 / Perasa tom juga boleh digunakan

Saya juga gunakan  2 - sudu makan
Sos  Sotong /  Sos ikan 
pun boleh digunakan

 2 sudu makan - Sos tiram  


Seterusnya saya  masukan 1 sudu - serbuk cili + serbuk kunyit
tujuannya supaya nampak lebih berseri warna merahnya . 
Seterusnya kacau supaya rata.


Panaskan minyak dan masukkan  bahan kisaran . Masak guna 
api sederhana sahaja selama 12 - 15 minit  . Tumiskan bahan-bahan ini 
sehingga naik bau. Masukkan air,  Kiub tomyam,  sos tiram, sos sotong, 
 garam/  gula / serbuk perasa. Bila cukup masam , manis , pedas dan
 garamnya , bolehlah ditutupkan api.



Cadangan Hiasan - yang diletakkan pada ikan

tomato

bunga kantan

daun ketumbar

Setelah saya  mencuba resipi ini . Syukur alhamdulilah ...sedap..
Sos ikan ini boleh di masak lebih awal dan disimpan
 dalam peti sejuk. Bila nak makan , hanya
 tinggal kukus ikan sahaja.

Sekian, wasallam



Jumpa lagi di Blog