Assalamualaikum & Salam sejahtera.....
Hari ini masih dalam bulan Syawal... iaitu 24 Syawal .
Nak masak apa..? Hari nie saya buka peti ais ,
ada tomato ,daun kesum , daun limau purut .
Barang ni saya beli semalam semasa
balik kerja . Tiba-tiba timbul ideal
nak masak asam pedas tumis .
Kali nie saya gunakan Ikan Sardin dalam tin jee
... jenama ADABI .
Selain tu bahan-bahan nya cili kering ,
saya buang bijinya , bawang kecil ,bawang putih , belacan ;
bahan ini " blendkan" ...sehingga hancur .
Seterusnya , bahan- bahan lain ialah ;
serai , daun kesum , daun limau purut , tomato ,
kentang dan asam keping .
panas minyak dan masukkan bahan yang telah
di "blend" tadi , tumis sehingga pecah minyak
& naik bau ..ok ...., mari kita tengok hasilnya .....
jangan lupa masukkan serai dan
daun limau purut ( carik2kan)
dan jangan lupa masukan kentang .
Setelah itu masukkan , tomato , asam keping ,
daun kesum , ikan sardin dan garam secukup rasa.
Akhirnya .....siap .
Bahan2nya ;-
4 Bawang merah kecil
2 ulas Bawang putih
Halia 1/2 cm
Belacan 1 cm
Cili kering 5 biji ( klu suka pedas lebihkan )
Asam keping 2 keping kecil
Tomato 1 biji
Kentang 1 biji
Daun kesum sedikit
Daun limau purut ( klu x suka , x payah masukkan )
Garam & Gula secukup rasa
####Selain sedap dimakan dengan nasi ,
boleh juga dimakan dengan roti####