Jumaat, Jun 3

Tauhu Telur Bersayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya doakan semoga semua sihat dan ceria di samping keluarga.
Di sini saya ucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq, 
yang akan menjelma satu dua hari lagi...Insyaallah. Hari ini saya    
ingin berkongsi resipi Tauhu telur bersayur  yang berkhasiat . Cara 
pembuatan  Tauhu  telur boleh di baca di  SINI. Tauhu telur
juga boleh di beli di kedai. Di bawah ini
Tauhu Telur Bersayur yang telah siap
dimasak dan dihidangkan.







Bahan - bahannya

Bawang  putih - 2 ulas (hiris) 

Tauhu Telur - 2 paket

Petola ular - 1/2 batang (potong bulat menyerong )

karot - 1/2 batang (potong bulat )

Cendawan butang - 3 biji ( hiris )

Telur  - 1 biji (ambil putih saja )

Kiub ikan bilis -  1

Tepung jagung - 1/2 sudu makan (bancuh dengan air)

Sedikit minyak untuk menumis







Tauhu telur saya potong dan gorengkan. Goreng dengan api sederhana
hingga kekuningan dan angkat dan toskan. Lalu ketepikan ia dulu.








Cara - caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang putih,setelah iti masukkan karot.
setelah agak lembut karot masukkan petola ular, cendawan dan air.
 Masak dengan api sederhana sahaja. Seterusnya masukkan kiub 
ikan bilis dan putih telur . Semasa masukkan putih telur itu .
Kacau  kuah itu ikut pusingan lawan jam . Akhirnya
masukan bancuhan tepung jagung tadi  dan padam
api masukkan Tauhu telur yang telah digoreng
itu . Saya tidak masukkan garam ini kerana
kiub ikan bilis tadi telah memasinkan 
kuah ini . Kalau nak tambah garam
tambah sikit sahaja ....ok  


.





Akhirnya siap hidangan ini . Selamat mencuba semua.








Akhirnya juadah ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan .
Selamat Berpuasa dan beribadah ..Aamiin.