Rabu, April 27

TELUR DADAR BERSAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Kali ini saya ingin berkongsi resipi Telur Dadar Bersayur.
Antara bahan yang saya gunakan di sini  ialah Mayonis. Khasiat
 mayonis memang tidak boleh dinafikan. Untuk mengetahui , 
bolehlah dengan mengklik di  SINI    


Bahan - bahannya ;-

3 - biji telur 

1/2 - biji tomato 
( dipotong dadu )

  Lobak merah - sedikit 

Cili merah - sedikit

Daun ketumbar - sedikit

1/2 - Bawang besar

Sedikit - kapsikum

1- sudu makan Mayonis

1/2 - sudu kecil lada sulah

garam - secukup rasa

Di bawah ini gambar  Sayur telah dipotong . Lobak merah
 saya potong memanjang manakala tomato dan kapsikum 
kuning saya potong dadu, bawang , cili dan
 daun ketumbar saya hiris halus. 


Di bawah ini telur dan sayuran telah pun saya
 campurkan sekali .


Berikut , merujuk gambar di bawah Mayonis, lada sulah dan garam
secukup rasa telah  dicampurkan dengan bancuhan telur dan sayur .



Saya menggunakan Mayonis jenama dibawah. Mayonis
jenama lain pun ok... janji  dijamin halal dan bersih .


 Jika lihat di bawah, Campuran ini telah 
di kacau sekali.



Panaskan  minyak, setelah itu gorengkan telur dengan 
api sederhana . Semasa membalikkan telur haruslah
berhati- hati . Ini kerana , bila dicampurkan
Mayonis , ini akan lebih lembut dan 
mudah terkoyak.



Di bawah ini, telur telah siap di goreng. Gambar besar telur berwarna
kuning keemasan. Manakala gambar kecil ialah potongan telur serta 
kelihatan isi  telur dan sayuran di dalamnya.


Alhamdulillah telur dadar bersayur telah siap di goreng. Memasak 
telur ini adalah mudah dan cepat. Rasanya pun boleh tahan .

Sekian , Wassalam


Jumpa lagi di Blog

ACAR MENTAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, semoga sihat dan ceria , disamping menjalankan
 tugas-tugas harian .Setiap kali bila kita masak ....niatkan kerana Allah..
 insyaallah  ada pahala bagi kita . Itulah yang sering kali di ceritakan
 oleh ustaz dan ustazah , dalam ceramah berkenaan tanggung jawab
 pasangan dalam keluarga . Biarpun itu bukan tugas mutlak isteri untuk
 memasak,apatah lagi jika si suami berkemampuan. Tapi ketahuikah
 kita airtangan isteri@ ibu merupakan pengikat kasih antara suami 
isteri dan anak-anak. Hari ini saya ingin berkongsi resipi Acar
 Mentah. Bahan yang saya gunakan di sini cuka apple. Jika 
ingin mengetahui khasiat  cuka apple sila Klik di 
 SINI. Dibawah ini gambarnya Acar Mentah


Bahan - bahannya ;-

1 - Lobak Merah

2 - biji tomato

 1-  biji  cili  merah

1 - biji bawang besar

3 - sudu cuka makan

1 - sudu makan gula

1/2 - sudu makan garam 


Dibawah ini , gambar sayuran semua telah 
di hiris halus memanjang


Di bawah ini sayuran yang telah dihiris dimasukan 
ke dalam mangkuk dan di tambah gula dan
 garam secukup rasa .


Akhir sekali masukan cuka. Disini saya  masukan
cuka apple. Cuka lain juga boleh digunakan
mengikut kesukaan masing-masing. 



Akhirnya siap Acar mentah saya . Ia sedap di makan
bersama nasi dan pelbagai jenis lauk-pauk lain.
Boleh dikatakan ia penyeimbang dalam hidangan . 


Gambar acar  yang telah siap.  Dengan pelbagai warna 
dalam hidangan ini, membuatkan ia lebih menarik,
disamping berkhasiat dan mudah disediakan.


Sekian, wasaallam 


Jumpa lagi di Blog