Lama juga saya tak menulis .....sibuk dengan pelbagai kerja.Hari ini saya ada kelapangan teringin nak menulis ..........
Di media-media terutama di Perak , telah diwar-warkan tentang Majlis Pertabalan ini dari minggu lepas .Hari ini cuti Pertabalan Sultan Perak ke 35 Sultan Nazrin Muizuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah . Majlis Pertabalan telah berlangsung dengan jayanya , penuh dengan istiadat . Semoga Negeri Perak bertambah makmur dan maju hendaknya di bawah naungan Tuanku ....Aamiin .
Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum SultanAzlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (diputerakan pada 27 November 1956 (58 tahun) di George Town, Pulau Pinang) ialah Sultan Perak ke-35. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali .
Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dariUniversiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dariUniversiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikatpada 1984.
Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai
Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
|
.
![]() |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sekeluarga
DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson diijabkabulkan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria diIstana Iskandariah, Bukit Chandan , bandar diraja Kuala Kangsar, Perak pada hari Khamis 17 Mei 2007. Pada 18 Mei 2007, Zara Salim Davidson dilantik sebagai Raja Puan Besar Perak. Pada hari Sabtu 19 Mei 2007 majlis persandingan diadakan di Istana Iskandariah, tepian Sungai Perak, bandar Kuala Kangsar, Perak.Tuanku Zara Salim Davidson yang telah diijab kabul sebagai isteri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari Khamis 17 Mei 2007, diisytihar pula sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada hari Jumaat 18 Mei 2007 .Perkahwinan Baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.
Sekian Terima Kasih.....
Wassalam.....
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan