Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat semuanya. Saya doakan Semoga Sahabat semua Sihat , diberi kesihatan dan dirahmati Allah, berjaya dalam setiap bidang yang diceburi serta bahagia bersama keluarga tersayang .
Pandemic COVID telah melanda seluruh dunia, VIRUS yang menyebabkan jangkitan COVID-19 dipercayai mula tersebar di Itali pada September 2019, lebih awal berbanding tarikh ia mula dikesan di China, menurut kajian Institut Kanser Negara (INT) Milan.Hasil kajian yang diumumkan pada hujung minggu lalu itu mendapati 11.6 peratus daripada 959 peserta ujian kanser paru-paru sekitar Sept 2019 hingga Mac 2020, didapati telah menghasilkan antibodi terhadap COVID-19. Kajian oleh Universiti Siena yang dilakukan susulan dapatan itu pula membuktikan, antibodi berkenaan turut dikesan pada empat kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada bulan Oct 2019. Giovanni Apolone, penulis bersama kajian tersebut memberitahu Reuters bahawa hasil kajian itu membuktikan bahawa virus tersebut telah tersebar di Itali seawal-awalnya bulan September. Berita lebih lanjut bolehlah BACA DISINI.
Tahun 2020 ni,tahun Allah menguji pada semua orang . Kesan wabak Covid -19 banyak orang tidak boleh berkerja dan hilang sumber pendapatan . Sebagai seorang muslim kita semua menerimanya sebagai Qadar dan Qadar yang mana ia salah satu rukun iman ke 6. Qada’ dan Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشرهMaksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].
Maklumat lebih lanjut mengenai Qada dan Qadar bolehlah BACA DISINI . Kesan
dari Covid ini juga ramai yang hilang ahli keluarga dan rakan-rakan akibat jangkitan wabak ini yang menyerang dengan cepat sekali . Petugas barisan Hadapan iaitu pasukan kesihatan, Pasukan Keselamatan yaang terdiri dari Doktor, jururawat dan pasukan keselamatan terpaksa berhadapan terus dengan risiko wabak covid-19 bagi memastikan wabak ini terkawal . Jasa mereka mengorbankan diri berkhidmat menjaga pesakit dan pintu hadapan negara amatlah dipandang tinggi . Kita berterima kasih kerana jasa dan khidmat bakti mereka ,semoga jasa baik ini mendapat penghargaan dan mendapat balas baik dari Tuhan .
Alhamdulillah kerana Allah masih sayang kita semua kerana akan hadirnya 2021 nanti kurang dari 24 jam dari sekarang . Moga Allah mudahkan segala urusan Kita semua. Blog ni sebagai medium untuk saya berkongsi resipi, petua disamping mencoretkan memori sepanjang perjalanan kehidupan saya . Saya hanya orang biasa...namun apa-apa pun, mohon doa dari sahabat semua agar saya konsisten berkongsi cerita kehidupan, resipi dan juga petua-petua diblog ini .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgForwbUKznpRDjhF2rxSKEuzDaPwlNKi1Gyr295gVcwy-LmuU3KmomF98QnYHIgdYWzHmk1TejVLOIIeqDRQ3huE3pm4TmTSZt0chwYt4-ZM-2A2a6DBGczUt8h4TKyRyAzwGbfbcdGenc/w640-h358-rw/NEW+YEAR+2.jpg)
Moga sinar Tahun 2021 memancarkan sinar baru pada kehidupan kita semua. Blog saya ini pun sudah hampir 6 tahun di Medsos bermula dari 2014. Alhamdulillah syukur kepada Allah ..ini sesuatu yang menjadi impian pada saya kerana di sini saya dapat berkongsi sedikit ilmu apa yang saya pelajari dan yang saya ketahui mengenai ilmu blogging. Disamping itu dapat mengenali semua rakan2 di alam blogger hingga sampai mengenal mereka semula di FB , twitter dan di instagram ...alhamdulillah. Mohon beri sebarang komen dan follow di Blog ini . Sekian, Terima Kasih
Rujukan
1. https://www.astroawani.com/berita-dunia/virus-covid19-dikesan-di-itali-sebelum-dikesan-di-china-kajian-268713
2.https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/601103/yakini-6-rukun-iman