Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Apa khabar semua... tidak lama lagi Bulan penuh barakah iaitu Ramadan Al Mubarak
Ramadan Al Mubaraq akan menjelma..Alhamdulilah...Maka akan
Ramadan Al Mubaraq akan menjelma..Alhamdulilah...Maka akan
bermulalah rutin
puasa dan pelbagai lagi ibadah kita bagi umat Islam.
Di masa inilah peluang mengumpul pahala
berganda. Insyaallah semoga
Allah memberi
kekuatan dan azam untuk beramal ibadah pada tahun ini .
Oklah seterusnya hari ini saya ingin
berkongsi resipi Masak
Lemak
Perut Lembu Berterung sepeti
gambar di bawah ini. Maaf ye . .kali
ini saya tidak memasukkan gambar
atur cara memasak.
Ini kerana cara
masak ini sama seperti lebih kurang
masak lemak
ikan masin timun yang telah
saya catatkan
dahulu .Boleh baca di SINI
Bahan - bahannya (A) kisar :
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 2 biji
Halia - 1 cm
Lengkuas - 1cm
Isi Kunyit - 1 cm
Cili Api/burung - 6 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)
Cili Api/burung - 6 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)
Bahan B
Perut lembu 300 gram ( cuci , potong dan rendam dengan air panas &
sedikit garam 20 minit)
Terung bulat 3 biji - potong 4
Pati Santan - 1 kotak sederhana
Daun kunyit - 1 helai
Asam keping - 3 keping
Asam keping - 3 keping
Serai - 1 batang ( ketuk- ketuk )
Garam / Gula/Serbuk perasa secukup rasa
Sedkit air ( tambah mengikut keperluan)
Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Masak
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan A hingga garing dan wangi.
Masak guna api sederhana saja.
Seterusnya Masukkan serai, terung, air, daun kunyit, asam keping dan
biar mengelegak.
Seterusnya setelah terung agak lembut ,lalu masukkan perut lembu, santan
dan masak dengan api yang perlahan.
Akhir sekali , masukkan garam /gula/ serbuk perasa
secukup rasa.
Masak lemak perut lembu berterung masih dalam periuk .
Diatas ini gambar masak lemak perut berterung dari pemandangan
gambar kecil dan besar. Masak kan ini mengambil masa antara
35- 45 minit .
Selamat berpuasa dan beramal ibadah...di bulan Ramadan tahun ini
Wassalam
Sekian , jumpa lagi di Blog