Assalamualikum dan Salam sejahtera semua. Saya doakan semua sahabat dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga . Disini saya ingin berkongsi resipi masak Daging berterung bersantan.
Resipi ini mudah disedikan dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi . Dibawah ini gambar sajian yang telah siap dimasak .
Baiklah tanpa berlengah-lengah lagi mari kita lihat ramuan yang diperlukan seperti gambar di bawah. Ini ramuan untuk menyediakan juadah ini .
Bahan-bahannya :
1. Bawang Merah 2 ulas
2. Bawang Putih 2 ulas
3. 1 cm halia
4. 1 cm lengkus
5. 1 Buah Keras
6. 3 Tangkai Cili Kering
7. 1 Sudu kecil ketumbar
8. 1 Sudu kecil jintan manis
9. 1 Batang serai
10. 2 Helai daun purut
11 2 keping Asam keping
12. 2 Helai Daun Kunyit
13 Sedikit minyak masak Untuk menumis dan mengoreng terung
14 Air untuk ditambah sebagai kuah - bergantung kepada kepekatan yang Anda suka .
Berikut Bahan utamanya mestilah Terung . Disini saya gunakan 7 biji terung unggu yang panjang . Selain terung ini , terung yang lain juga boleh digunakan , terpulang kesukaan masing-masing .
Terung
Dibawah 👇 ini terung yang telah saya potong dan goreng sehingga lembut .
Selepas itu antara bahan utama ialah Daging 5 gram yang telah saya rebus sehingga empuk seperti gambar di bawah 👇.
Daging Rebus
Dibawah ini saya gunakan santan sebuk kerana saya ada santan serbuk sahaja . Anda juga boleh gunakan santan kotak atau santan segar . Selain itu saya gunakan kerisik 1 bungkus kecil .
Santan Serbuk dan Kerisik
Cara-cara memasak :
Gambar 1
Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Kering , Jintan manis , Ketumbar , Buah Keras , Serai , halia , lengkus saya tumbuk seperti gambar no 1 di bawah 👇 ini . Saya tumbuk tidak terlalu halus , Jika anda suka bahan ini halus, maka boleh ditumbuk sehingga halus terpulang kepada kesukaaan masing-masing ye... Saya cadangkan masak masakan ini gunakan api sederhana sahaja . Tempoh masak masakan ini lebih kurang 20 Minit .
Gambar 2
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak , setelah panas minyak masukkan bahan yang telah ditumbuk seperti gambar no. 1. Maaf lah ye..... minta sahabat semua jangan terganggu dengan kuali saya agak hitam itu, maklumlah kuali lama... kuali antik 😎😆
Gambar 3
Tumiskan bahan ini sehingga naik bau seperti gambar no 3 di bawah 👇 ini . Jangan lupa kacau selalu
Seterusnya , masukan bancuhan santan dan kerisik .
Gambar 2
Seterusnya masukan daging yang telah direbus empuk
Gambar 3
Seterusnya masukan daun limau purut , asam keping , daun kunyit biarkan sehingga 5 minit. Jika ingin berkuah tambahkan air sedikit demi sedikit . Air ditambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kuah ini menjadi cair , kalau cair sangan nanti kurang " KICK"
Gambar 4
Masukkan Terung yang telah digoreng , garam secukup rasa . Pastikan sudah seimbang semua rasa , masin, masamnya. Masakan ini saya tidak masukkan gula kerana saya telah masukkan jintan manis pada tumisan diawal tadi , yang mana fungsinya memberi rasa manis dalam masakan ini. Setelah seimbang kesemua rasa, barulah dipadamkan apinya .
Akhirnya , siap juadah ini, seperti gambar dibawah. Gambar diambil dari dua posisi yang berbeza 😄 Di blog ini saya banyak mengunakan rempah ratus ye... bersesuaianlah dengan tajuk penerangan dikepala blog diatas Rempah dan Herba ....Selamat mencuba semua ..bye ..