Selasa, Jun 16

Rendang Pedas Perak

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa, semua... 
Hari ini saya ingin berkongsi resipi Rendang Pedas Perak  
Di bawah ini gambar Rendang yang dah siap di masak. 
Rendang ini sedap dimakan dengan nasi,
nasi impit,roti dsb.

Berikut Gambar Bahan2nya ;



Bawang merah & Putih serta cili kering
Cili & Bawang Merah & Putih 
diblend hingga hancur .


Serai,Daun kunyit,Lengkuas,kunyit hidup(Kunyit serbuk pun ok),
 asam kepingSerai, Kunyit hidup, Halia, Lengkus diblen
 hingga hancur  Manakala Daun kunyit di Mayang 
halus/Dicarik2kan -untuk dptkan
 aroma daun kunyit tu...


Pati Santan kotak Besar/ 1 kilo santan


Kerisik  3 paket kecil ,Gula kabung (ikut suka)
Asam Keping (saya letak 5 keping yg kecil)


ayam  garam kunyit digoreng suku masak -  ayam lebih sedap 



Tumiskan cili , bawang putih + merah,halia,lengkuas ,serai hingga naik bau..kemudian masukkan ayam, santan, kerisik ,gula kabung, asam keping(perlahankan api).Biarkan 30 minit....
Apabila kuah hampir kering masukkan
 daun kunyit ,tambahkan garam 
Rendang tengah masak di kuali
 .Masih panas lagi.....


Rendang dah dipindahkan ke pinggan.

Bahan2:

 1. Cili kering ( 20 biji) /cili boh 

( Klu suka pedas tambah le lagi..) -cili blend + minyak sikit 

masa blend utk mudah hancurkan biji cili.

 2. Bawang Merah  10 biji & bawang putih  5 biji -blend 

 3. Serai - 3 batang ,halia - 3 cm,lengkuas 2 cm- blend

 4. Daun kunyit 1 helai  - carik2kan/dimayang (ikut suka)

 5. Kerisik 3 paket kecil

 6. Gula kabung 1/2 

 7. Ayam - separuh ( potong 16)

 8. Asam keping( 5 keping kecil)


*****Selamat mencuba*******

JUMPA LAGI DI BLOG

Jumaat, Jun 12

Ramadan datang lagi.....Alhamdulillah

Assalamualaikum wrkt..

Alhamdulillah, Akhirnya Ramadhan Bulan Penuh Berkah itu Datang Juga

 ……. بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله 

Bulan Ramadhan telah datang, bulan ini dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai bulan yang penuh berkah:

 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ».

 Artinya:

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 “Telah datang kepada kalian Ramadhan bulan penuh berkah, 
Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan
 atas kalian berpuasa padanya.



RENUNGAN BERSAMA, KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.... 

Bulan diturunkan Al-Quran Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
 dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan 
yang membezakan antara benar dengan yang susah

 ( surah Al Baqarah : 185 ) 

 .Bulan penuh berkat Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut 
sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan
 akhirnya merdeka daripada api neraka.
Bulan penghapusan dosa Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan
 dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya
 nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.
Bulan diturunkan Lailatul Qadar Sesungguhnya kami
 telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. 
Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu.
 Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. 

(surah Qadr:1-5)

Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka
 untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam)
 sehingga terbit fajar.

Waalahhuallam


JUMPA LAGI DI BLOG