Khamis, Mei 12

MASAK LEMAK NENAS IKAN MASIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua , semoga semuanya sihat dan tentunya sedang 
 sibuk dengan urusan seharian dan keluarga. Menu Masak Lemak Ikan
 Masin akan saya kongsikan disini .  Oklah..Nenas seperti yang kita 
semua  maklum adalah buah yang sekarang  ini telah berlaku banyak
inovasi  ke atasnya dari segi rasa . Ini adalah hasil usaha
Kajian Jabatan Pertanian. Dari segi rasa , Nenas
 sekarang bertambah manis dan enak. Disamping
 itu khasiatnya tidak lagi boleh dinafikan.
Anda boleh membacanya di SINI 






Di atas ini gambar Masak Lemak  nenas yang sudah siap dihidangkan





Bahan-bahannya A ( kisar ) :-

8  biji Cili kering - potong & rendam air panas

4 biji Bawang merah

2 biji Bawang putih

1cm - Halia

1cm - kunyit hidup 


Bahan B


Sedikit minyak untuk menumis 

Serai - ketuk & carik-carikan

2 - Asam Keping ( opsyenal )

2 - Daun limau purut (opsyenal)

 1 kotak  kecil  - Pati Santan 

Garam

Gula / Serbuk perasa





Bahan C 

1/2 biji  -Nenas Madu - saya potong seperti dalam
gambar diatas .  Anda juga boleh potong ikut kesukaan
 anda. Saya guna nenas madu , tak masam pun

1-  ekor Ikan masin - (saiz sederhana )
saya potong kecik saya  guna ikan duri 





Cara-cara;-

Tumis ikan masin, serai dan bahan A sehingga bau wangi
masak dengan api perlahan aje...Kemudian masukkan
 nenas, nanti ia akan mengeluarkan air.






Selepas masukkan nenas, masukkan  pati santan , daun limau,
asam keping, masak guna api perlahan aje .Tambah garam , 
gula /serbuk perasa secukup rasa.






Masak Lemak Ikan Masin saya dah siap, tapi masih
 dalam periuk lagi . Saya mengambil masa 40 minit 
untuk menyiapkan masakan ini. Ini kerana masak 
 dengan api perlahan  aje...untuk mengelakkan
santannya dari pecah minyak . 






Gambar Masak Lemak dalam 2 posisi yang berbeza.
Selamat mencuba ....





Selamat menjamu selera...

Sekian, Wassallam




Jumpa lagi di Blog...


Tip

Kalau guna nenas biasa renehkan dulu, buang 
separuh air kerana ia masam.    





Tiada ulasan: