Isnin, Mei 30

MASAK LEMAK PERUT BERTERUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Apa khabar semua... tidak lama lagi Bulan penuh barakah iaitu Ramadan Al Mubarak 
Ramadan Al Mubaraq akan menjelma..Alhamdulilah...Maka akan 
bermulalah  rutin puasa dan pelbagai lagi  ibadah kita bagi umat Islam. 
Di masa  inilah peluang  mengumpul pahala berganda. Insyaallah  semoga
Allah  memberi kekuatan dan  azam  untuk beramal ibadah pada tahun ini . 
Oklah  seterusnya  hari ini saya ingin berkongsi  resipi Masak Lemak
 Perut Lembu Berterung  sepeti gambar di bawah ini.  Maaf ye . .kali
 ini saya tidak  memasukkan  gambar atur cara memasak. 
Ini kerana  cara masak ini sama seperti lebih kurang
 masak lemak   ikan masin timun  yang telah
 saya catatkan dahulu .Boleh baca di SINI








Bahan - bahannya (A) kisar :

 Bawang merah - 5 biji

Bawang putih - 2 biji

Halia - 1 cm

Lengkuas - 1cm

Isi Kunyit - 1 cm

Cili Api/burung - 6 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)



Bahan B

Perut lembu  300 gram ( cuci , potong dan rendam dengan air panas & 
 sedikit garam  20 minit) 

Terung bulat 3 biji - potong 4

Pati Santan  - 1 kotak sederhana

Daun kunyit - 1 helai

Asam keping 3 keping

Serai - 1 batang ( ketuk- ketuk )


Garam / Gula/Serbuk perasa secukup rasa

Sedkit air  ( tambah mengikut keperluan)

Sedikit Minyak untuk menumis


Cara Masak

 Panaskan minyak, kemudian tumis bahan A hingga garing dan wangi.
 Masak guna api sederhana saja.

Seterusnya Masukkan serai, terung, air, daun kunyit, asam keping dan
 biar mengelegak.

Seterusnya setelah terung agak lembut ,lalu masukkan  perut lembu, santan
 dan masak dengan api yang perlahan.

Akhir sekali , masukkan garam /gula/ serbuk perasa
secukup rasa.







Masak lemak  perut lembu  berterung  masih dalam periuk .







Diatas ini gambar masak lemak perut berterung dari pemandangan 
gambar kecil dan besar. Masak kan ini mengambil masa antara
35- 45 minit .






Selamat berpuasa dan beramal ibadah...di bulan Ramadan tahun ini

Wassalam

Sekian , jumpa lagi di Blog






Tiada ulasan: