Ahad, Jun 5

RAMADAN AL MUBARAQ DATANG LAGI... ALHAMULILLAH

Assalamualaikum wrkt...

Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq semua..semoga pada Ramadan kali ini  kita semua
dapat meraih pahala dan keberkatan berlipat kali ganda .






Diharapkan masih  ada .........







Setiap kita insan yang punyai pelbagai nostalgia.........







Aamiin, Aamiin yarobal alamain .





Wassalam, Salam  Ramadan Al Mubaraq semua..


Jumaat, Jun 3

Tauhu Telur Bersayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya doakan semoga semua sihat dan ceria di samping keluarga.
Di sini saya ucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq, 
yang akan menjelma satu dua hari lagi...Insyaallah. Hari ini saya    
ingin berkongsi resipi Tauhu telur bersayur  yang berkhasiat . Cara 
pembuatan  Tauhu  telur boleh di baca di  SINI. Tauhu telur
juga boleh di beli di kedai. Di bawah ini
Tauhu Telur Bersayur yang telah siap
dimasak dan dihidangkan.







Bahan - bahannya

Bawang  putih - 2 ulas (hiris) 

Tauhu Telur - 2 paket

Petola ular - 1/2 batang (potong bulat menyerong )

karot - 1/2 batang (potong bulat )

Cendawan butang - 3 biji ( hiris )

Telur  - 1 biji (ambil putih saja )

Kiub ikan bilis -  1

Tepung jagung - 1/2 sudu makan (bancuh dengan air)

Sedikit minyak untuk menumis







Tauhu telur saya potong dan gorengkan. Goreng dengan api sederhana
hingga kekuningan dan angkat dan toskan. Lalu ketepikan ia dulu.








Cara - caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang putih,setelah iti masukkan karot.
setelah agak lembut karot masukkan petola ular, cendawan dan air.
 Masak dengan api sederhana sahaja. Seterusnya masukkan kiub 
ikan bilis dan putih telur . Semasa masukkan putih telur itu .
Kacau  kuah itu ikut pusingan lawan jam . Akhirnya
masukan bancuhan tepung jagung tadi  dan padam
api masukkan Tauhu telur yang telah digoreng
itu . Saya tidak masukkan garam ini kerana
kiub ikan bilis tadi telah memasinkan 
kuah ini . Kalau nak tambah garam
tambah sikit sahaja ....ok  


.





Akhirnya siap hidangan ini . Selamat mencuba semua.








Akhirnya juadah ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan .
Selamat Berpuasa dan beribadah ..Aamiin. 





Khamis, Jun 2

Kuehtiau Kerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Kuehtiau Kerang
 ala-ala sayalah.Saya suka letak banyak sayur di dalamnya.
Banyak sayur ,bagus untuk penghadaman perut kita . Di bawah ini
 Kuehtiau Kerang telah siap dimasak dan siap dihidangkan .





Berikut bahan-bahannya

Bawang Merah - 2 biji - hiris

Bawang putih -  1 biji -hiris

  Kuehtiau -1 paket ( basuh -toskan )

Sawi -   RM 2.00 (- Cuci , potong, asingkan batang dan daun)

Tomato - 1 biji (saiz sederhana -di potong dadu )

Tauge - RM 1.00

Isi Kerang - 100 Gram ( Lebih kurang)

Telur - 2 biji

Air - ( ditambah jika perlu ) 


Bahan perasa

Kicap masin - (  mengikut keperluan )

Sos Sotong - 2 sudu makan

Sos Tiram - 4 sudu  makan

Cili boh  - 1 sudu makan






Cara- caranya

Lihat gambar dibawah mengikut arah  jam.Tumis bawang
 merah & bawang putih , batang sawi ,  cili boh dan biar lembut
 batang sawi itu. Setelah itu tolakkan ia ketepi  dan pecahkan
 telur sehinga ia mengering . Setelah kering
Kacaukan sekali dengan sayur dan 
bahan tumisan lain. Guna api 
sederhana je ..ye.







Gambar di bawah dilihat ikut arah jam,
Masukkan kicap,sos tiram, sos sotong  daun sawi , air
  dan kerang  kacau sehingga sebati 







Akhirnya masukan kuehtiau dan tauge lalu dikacau
sehinga sebati dan rata.






Di bawah ini kuehtiau kerang telah sedia untuk
dihidangkan .Selamat menjamu selera ye.
Masakan ini mengambil masa lebih
kurang 25- 30 minit saja.








Sekian , wassalam ,bye...






Jumpa lagi di Blog