Khamis, Disember 24

Penggunaan Rempah Ratus dalam kehidupan seharian kita dan Khasiatnya .

Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan. Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai penyedap masakan dan penambah aroma hidangan.

Tak lengkap rasanya kalau tidak dimasukkan rempah ratus mahu pun perasa dalam sajian keluarga.Meskipun datang dalam pelbagai warna, saiz, bentuk dan bau tapi ia kaya dengan pelbagai khasiat, tidak hairanlah rempah ratus banyak digunakan dalam industri perubatan dan kecantikan.

Sering kali digunakan dalam masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.Apakah itu? Ia adalah rempah ratus yang ada didapur rumah anda!  Apa khasiatnya untuk kesihatan? Jom baca perkongsian 7  jenis rempah ratus dan khasiatnya kepada tubuh badan manusia .

1) Ketumbar

Digunakan secara tradisional untuk merawat masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, jangkitan luka, kencing manis, darah tinggi dan arthritis. Biji ketumbar terkenal untuk menjaga kadar glukosa darah . Hal ini kerana biji ketumbar memiliki efek yang merangsang kelenjar endokrin . Ini berfungsi untuk meningkatkan tahap insulin dalam darah .

Ðaun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.
Ðaun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Ðaun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Ðaun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar.
 Ðalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya. Ðaun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan. Ðaun ketumbar bertindak sebagai perangsang dan tonik. 
Ia dikatakan mampu menguatkan perut dan merangsang pencernaan, meningkatkan rembesan dan pengeluaran air kencing serta mengurangkan demam. Ðaun ini juga bertindak sebagai afrosidiak dan dikatakan mampu membantu dalam pembuangan kahak. Jus daripada daun ketumbar dikatakan bermanfaat dalam penghasilan vitamin A, B1, B2, C dan besi. Ðikatakan juga satu atau dua sudu teh jus ketumbar yang telah ditambah susu mentega, amat bermanfaat dalam merawat masalah pencernaan seperti sukar hadam, loya, disentri, hepatitis dan colitis. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam merawat demam kepialu .

                       

Merendahkan tahap gula bagi tekanan darah tinggi Air rebusan biji ketumbar kering juga dikatakan mampu merawat diarea. Biji-bijinya terkenal sebagai ubat untuk melegakan pengeluaran haid yang berlebihan. Air biji ketumbar juga dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci mata, terutamanya dalam merawat konjunktivitis. Ia dikatakan mampu melegakan rasa perit dan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan akibat penyakit ini. 
Ðikatakan satu sudu teh jus ketumbar yang dicampurkan dengan secubit serbuk kunyit dikatakan adalah ramuan terbaik untuk merawat masalah jerawat, bintik-bintik hitam dan kulit kering. Campuran herba ini perlu disapu pada muka selepas anda mencuci muka pada malam sebelum tidur. Pokok muda ketumbar pula dikatakan banyak digunakan dalam kari dan sup. Manakala minyaknya pula digunakan untuk tujuan perasa dan dalam perubatan.
 Ðalam bentuk kering, biji ketumbar adalah antara bahan penting dalam serbuk kari dan turut digunakan dalam pengawetkan rempah, sosej, perasa, konfeksioneri, dan untuk memberi rasa pada alkohol terutamanya gin. Kajian terhadap haiwan telah mengesahkan bahawa ketumbar mampu merangsang perembesan insulin dan merendahkan tahap gula dalam tekanan darah tinggi.
Ði India, ketumbar dikatakan telah digunakan sebagai anti radang untuk arthritis dan kesakitan dalam perubatan Ayurveda selama berkurun lamannya. Kandungan vitamin K yang tinggi dalam ketumbar dikatakan berguna dalam perlindungan menentang osteoporisis melalui cara pencegahan pengaktifan sel-sel yang dikenali sebagai osteoclasts yang menyebabkan kehilangan. 
2) Buah Pelaga
Buah pelaga biasanya digunakan untuk menambahkan rasa dalam makanan seperti sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, dan sebagainya. Selain melazatkan makanan, buah pelaga juga mempunyai pelbagai khasiat lain kepada tubuh badan. Jom kami kongsikan khasiat buah pelaga yang pasti mengejutkan anda.

Buah pelaga telah digunakan untuk membersihkan gigi sejak zaman dahulu kala lagi. Ia dikatakan dimulakan oleh orang Mesir kuno. Macam mana nak gunakan buah pelaga untuk mencuci gigi? Caranya mudah sahaja. Ambil 3 biji buah pelaga dan kunyah menggunakan semua gigi yang ada. Kemudian ludah dan berkumur sehingga bersih. Anda bolehlah cuba.

Selain membersihkan gigi, orang zaman dahulu kala juga menggunakan buah pelaga sebagai salah satu daripada bahan untuk membuat minyak wangi. Gabungan buah pelaga dan herba-herba yang lain menghasilkan minyak wangi yang sangat menyegarkan.

Jika anda mengalami batuk, boleh gunakan buah pelaga untuk melegakan batuk yang dialami. Caranya: 
Ambil 5 biji buah pelaga, 1 inci halia, 1 biji lemon, 1 sudu besar madu asli,Ketuk halia, hiris lemon kepada hirisan yang nipis ,Masukkan kesemua bahan kecuali madu asli ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga mendidih .Sejukkan sehingga menjadi suam ,Masukkan madu ,Minum seperti air kosong .Amalkan sehingga batuk anda hilang .

Tahukah anda, minyak pati buah pelaga merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam chewing gum? Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, boleh amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Mulut anda akan berbau buah pelaga dan sekali gus tiada lagi bau busuk.

Apa yang paling menarik, buah pelaga juga boleh menurunkan berat badan. Caranya:- Ambil 3 biji buah pelaga , Kisar kering ,Masukkan kedalam satu gelas air panas .Minum sebelum makan, setiap hari .

Sekiranya anda tidak tahan dengan rasa teh buah pelaga menggunakan resepi diatas, anda boleh gunakan resepi teh pelaga yang kedua iaitu: Caranya :- Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih .Tunggu sehingga suam ,Minum sebelum makan, setiap hari

 Hasil sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan India di Kolkata telah mendapati bahawa sebanyak 48% daripada pesakit kanser kolon yang mengamalkan makan buah pelaga setiap hari semakin pulih dari kanser.

Buah pelaga membantu menstabilkan rentak degupan jantung, dan ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan mereka yang mementingkan kesihatan jantung.

Buah pelaga mengandungi enzim antioksida yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah. Bukan itu sahaja. buah pelaga juga mampu mengatasi masalah lonjakan lipid dalam tubuh badan.

Sejak dulu lagi, buah pelaga digunakan dalam perubatan ayuverda, cina, dan yunani untuk mengubati masalah gangguan gastro usus. Buah pelaga mengandungi metanol yang boleh mengelakkan penyakit seperti kembung, asid berlebihan, cramp perut, dan sebagainya.

Selain menjaga kesihatan usus, perubatan ayurveda dan yunani juga menggunakan buah pelaga telah mengubati jangkitan saluran kencing dan masalah lain seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.

Buah pelaga bersifat antibakteria dan membantu badan anda melawan jangkitan kuman, bakteria dan virus.




Merupakan rempah yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan dapat menghilangkan bau mulut dengan cara mengunyahnya perlahan-lahan.

Pati minyak buah pelaga merupakan salah satu daripada minyak yang biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan. Sekiranya anda berasa stress atau terlalu tertekan, bolehlah dapatkan pati minyak buah pelaga dan masukkan ke dalam diffuser.

Masalah kekejangan otot biasanya berlaku kepada golongon tua dan wanita mengandung. Pengambilan buah pelaga dalam menu harian mampu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda hadapi.

Perubatan cina menggunakan buah pelaga sebagai ubat sakit gigi. Caranya: Tumbuk buah pelaga sehingga halus .Tampalkan serbuk pelaga tadi ke gigi yang sakit

 Ekstrak buah pala mempunyai kemampuan untuk membuka semula salur angin yang menyempit akibat serangan asma. Anda boleh berikan teh buah pelaga kepada mereka yang sedang mengalami serangan asma. Cara menyediakan teh tersebut  ialah:- Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih ,tunggu sehingga suam

Minyak Pati yang ada dalam buah pelaga mampu memberikan kesan detox kepada tubuh badan anda. Anda juga boleh minum teh buah pelaga untuk menghilangkan masalah loya dan muntah-muntah.

Satu lagi khasiat buah pelaga jika diambil secara konsisten setiap hari ialah membantu meningkatkan peredaran darah didalam badan Anda boleh gunakan buah pelaga untuk menghilangkan sakit tekak. Caranya: Rendam 3 biji buah pelaga & satu batang kulit kayu manis bersama satu gelas air panas ,Tunggu sehingga suam ,Minum sehingga tekak anda pulih semula

Jika anda mengalami sesedu, boleh juga minum teh buah pelaga. Ia akan membantu menghilangkan sesedu anda dengan cepat.

3) Halba

Banyak kebaikan halba pada kesihatan seperti daunnya digunakan sebagai herba dan bijinya pula digunakan sebagai rempah. Ia berasal dari Timur Tengah dan Timur Dekat dan digunakan secara meluas di India. Manakala penggunaannya dalam sistem perubatan tradisional India, China dan Arab yang luas adalah sebagai penawar diabetes serta hiperkolesterol.

Khasiat lain halba dipercayai dapat mengatasi gangguan saluran pencernaan seperti kembung, batuk, bronchitis, sakit tekak, panas badan yang meningkat dan ulser pada rongga mulut. 
Orang India juga mencampurkan biji halba dan yogurt yang digunakan sebagai perapi rambut. Halba mengandungi karbohidrat sehingga 60 peratus, protein dan minyak lemak, pati minyak, flavonoid, saponin serta kumarin. 
Terdapat hasil penelitian yang menunjukkan khasiat menurunkan kadar gula darah ditunjukkan daripada proses kompaun alkaloid tri-gonelline dan kumarin.


Khasiat halba untuk melancarkan pengeluaran air susu ibu amat menarik untuk dikaji. Sejak 1945, seorang pengkaji Mesir melaporkan hasil kajian yang membuktikan halba berkhasiat sebagai perangsang kuat bagi pengeluaran air susu ibu.

Hingga kini belum diketahui mekanisme prosesnya, oleh itu penggunaan halba untuk tujuan memperbanyakkan susu ibu digalakkan malah sebagai petua tradisional. Lagipun, halba selamat untuk bayi yang sedang menyusu.

Teh halba boleh menjadi alternatif semulajadi yang terbaik sebagai pengganti suplemen untuk meningkatkan produksi susu ibu. Menurut HealthLine.com, beberapa kajian saintifik telah membuktikannya secara spesifik.

Dalam salah satu kajian tersebut, hasil susu perahan didapati bertambah daripada 1.15 oz kepada 2.47 oz apabila meminum teh halba ini. Mungkin kesan sampingan yang mungkin terjadi ialah cirit-birit, namun jika berlaku, disarankan ibu menyusu mengurangkan dos penggunaannya.


Dari segi nutrisinya, biji halba ini mempunyai kandungan serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium. Oleh sebab itu, air halba dipercayai memiliki khasiat untuk meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Jadi, ia elok diamalkan oleh mereka yang sering diserang demam, batuk dan selesema.

Bagi wanita yang sering mengalami senggugut setiap kali datang bulan, pengambilan air teh halba amat digalakkan dan boleh mengurangkan penggunaan ubat- ubatan. 

Pakar mengesyorkan, ia boleh diambil sekitar 1800mg-2700mg dalam 3 kali sehari dalam 3 hari pertama, diikuti dengan 900mg dalam 3 hari berikutnya.

Cara pengambilan :-
Rendamkan 1 sudu teh air halba dalam air suam dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman. Boleh juga rebuskan untuk dijadikan teh. Selain itu, boleh juga tumbukkan dan rendamkan biji halba tersebut dalam air panas untuk beberapa minit sebelum diminum.
Cukup dengan mengambilnya sebanyak 1 kali sehari. Sekiranya tiada kesan sampingan, bolehlah anda meneruskan pengambilannya pada hari-hari berikutan

4) Cengkih

Bunga Cengkih mengandungi sebatian yang dikenali sebagai eugenol . Eugenol ini boleh bertindak sebagai antioksidan Antioksidan ialah sebatian yang boleh mengurangkan tekanan pengoksidaan yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik . Bunga Cengkih juga terkenal dengan sifat antibakteria yang boleh melawan bakteria dan virus  yang boleh mendatangkan masaalah kesihatan kepada manusia . 


Pati minyak bunga Cengkih boleh  dimanafaatkan dalam produk  pembilas mulut . Kajian klinikal yang dijalankan mendapati  pembilas mulut yang mengandungi  ekstrak bunga Cengkih efektif  untuk mencegah plak , gingivitis dan bakteria dalam mulut . 

Menghitamkan Alis Mata(Kening) Caranya: 5-7 biji bunga cengkih kering dibakar sampai hangus, kemudian ditumbuk halus dan ditambah dengan minyak badan secukupnya. sapukan pada kening mata setiap hari.

Menguatkan Jantung ,Caranya : Bunga cengkih yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.cengkih, khasiat cengkih, perubatan cengkih, petua cengkih, kegunaan cengkih, manfaat cengkih

Mengubati Campak,Cara nya:10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur

Menghilangkan Sakit Gigi, Caranya : Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan bahan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

Menghilangkan Rasa Mual Dan Pening,Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

Menghilangkan Bau Mulut ,Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali.Menghilangkan Bau Peti Sejuk ,Cara nya: Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayuMerawat Radang Hati ,Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
Selsema
Meredakan Selsema , Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

Merawat Sembelit ,Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.cengkih, khasiat cengkih, perubatan cengkih, petua cengkih, kegunaan cengkih, manfaat cengkih

Menghalau semut dari menghurung gula .Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

5) Lada hitam

Lada hitam memang enak.  Ia menambah rasa masakan,  jika badan anda banyak angin,  lada hitam antara bahan herba yang bagus untuk diamalkan dalam diet. 

Namun bagi tubuh yang panas atau menghadapi penyakit kulit seperti ekzema,  berhati-hati dalam menikmati lada hitam,  makan sekadarnya sahaja,  dan banyakkan minum air kosong,  bimbang jika dehidrasi dan ia juga boleh menyebabkan kulit kering. 


Kandungan piperine didalam lada hitam dikatakan boleh membantu mencegah kanser.  Lada hitam digalakkan digunakan bersama kunyit untuk menambah khasiat dan ciri anti kanser. Kajian pernah menunjukkan lada hitam membantu dalam merencatkan tumor kanser payu dara.

Selain kanser payu dara,  lada hitam juga dipercayai mampu merencatkan perkembangan kanser kulit dan kanser usus.  Maka jika anda menghadapi masalah kulit atau usus bocor sekali sekala nikmati lada hitam di dalam menu makanan,  namun jangan lupa sejukkan tubuh anda dengan minuman air barli kosong dan air mineral. 

Lada hitam juga mengandungi vitamin C,  vitamin A,  flavonoid,  karotein dan pelbagai kandungan antioksidan yang membantu menentang radikal bebas sekaligus melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit. 

Lada hitam yang pedas dan hangat mengandungi piperine yang membantu dalam proses penghadaman.  Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu  mengurangkan kembung perut,  angin, sebu,  senak,  sembelit dan keasidan perut atau tubuh. Tambah lada hitam tumbuk di dalam hidangan anda atau cicah sahaja lada hitam dengan ikan atau ayam atau apa sahaja menu anda.  Pilihan lebih mudah tabur sahaja lada hitam anda atas nasi panas anda. 

Rasa hangat menikmati lada hitam membantu badan berpeluh sekaligus mengurangkan toksin dan lemak didalam tubuh. 

Jika anda merasa kembung perut,  sakit belakang,  badan berangin,  sejuk kaki tangan cuba nikmati makanan atau sup yang ditambah lada hitam. 

Jika anda berani mencuba,  tambah lada hitam di dalam lulur atau Skrub Semulajadi anda.  Lada hitam membantu tubuh anda berpeluh,  sekaligus menghilangkan daki,  sel kulit mati turut dibuang sekaligus merangsang peredaran darah.  Jika anda berjerawat dan menghadapi masalah jangkitan kulit anda boleh mencuba cara ini.  Ia pasti turut membantu mengurangkan kegatalan kulit anda. 

Jika anda telah mencuba pelbagai petua dan syampu anti kelemumur.  Anda boleh mencuba lada hitam yang dicampurkan kedalam Yogurt dan sapu ke kulit kepala anda. Pastikan anda gunakan lada sekadarnya sahaja,  bimbang panas dan menyebabkan masalah lain seperti panas kepala atau rambut gugur.  Pakai dalam sejam ke 3 jam. Basuh dan cuci rambut anda. Syampu rambut anda keesokan hari.  Digalakkan jika anda menggunakan syampu dari bahan asli. 

Lada hitam yang bersifat panas dan enak dicampur kedalam sup membantu melegakan hidung tersumbat dan selsema atau demam.  Jika anda  batuk berkahak lada hitam juga membantu mengurangkan lendir kahak anda.  Rasa lega dalam menikmati lada hitam terutama didalam sup membuatkan tekak anda merasa lebih lega dan anda tentu lebih  bersemangat. 

Seperti rempah ratus lain,  lada hitam turut membantu meningkatkan selera.  Jika anda kurang berselera,  tiada mood,  nikmati makanan yang di tambah lada hitam. Ayam panggang enak digaul bersama rempah lada hitam ditambah halia dan kunyit. Bau sahaja telah membangkitkan rasa maka campurkan selalu rempah ini dalam masakan panggang anda. 


6) Kulit kayu manis

Sebenarnya terdapat 2 jenis kulit kayu manis iaitu Ceylon Cinnamon dan Cassia Cinnamon . Ada yang menganggap Ceylon adalah kulit kayu manis Asli dan Cassia pula adalah kulit kayu manis palsu .
Menambahkan kulit kayu manis ke dalam makanan yang tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gula dalam darah serta bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Gusi berdenyut-denyut akibat sakit gigi memang menyiksakan. Namun anda boleh mencuba meredakannya dengan meminum air rebusan kayu manis!
Nama sahaja 'manis'. Tapi kayu manis dikatakan mampu menjauhkan penyakit kencing manis. Gabungan polifenol dan bahan-bahan antioksidan dalam kayu manis bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah semasa merawat kencing manis Jenis 2.
Kayu manis adalah sumber serat yang amat baik untuk menghapuskan racun dari dalam tubuh. Jadi, kalau mahukan kulit bersih dan licin, ada yang menyarankan supaya cubalah air rebusan kayu manis.
Air rebusan kayu manis yang dicampur madu adalah minuman yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia membantu anda 'detox' (buang toksin) sistem tubuh, membuat anda berasa cepat kenyang dan mengawal nafsu makan.
Menurut Pusat Nasional Bioteknologi Amerika Syarikat, air kayu manis baik untuk wanita yang sering menderita kesakitan dan kekejangan rahim semasa haid.
Ia berupaya mengurangkan rasa sakit dan kekejangan kerana ia bersifat analgesik dan antipenggumpalan.
Air kayu manis kaya dengan zat atioksidan seperti polifenol dan proanthocyanidin untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Selain itu air kayu manis juga bersifat antikulat, antibakteria dan antivirus. Maka ia mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti masalah jantung atau penyakit pernafasan.
PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah perubahan hormon yang berlaku pada wanita, menyebabkan ovari membesar dengan ketumbuhan pada bahagian luarnya.Meminum air rebusan kayu manis diketahui boleh mengurangkan kesan buruk PCOS dan juga mengurangkan hadangan untuk sel-sel memberi respons kepada insulin.
Menurut penelitian, air kayu manis berupaya melambatkan proses penyakit melibatkan otak seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer. Ini kerana khasiatnya membantu mempertingkat tumpuan dan fungsi otak.
Kayu manis mengandungi bahan-bahan karsinogenik yang terbukti bermanfaat untuk melambatkan pertumbuhan sel barah.
 7) Bunga Lawang

Bunga lawang merupakan sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Dipercayai berasal daripada Indochina dan Jepun, bunga lawang juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.


Manfaat yang terdapat pada bunga lawang adalah mampu mencantikan kulit. Ini kerana bunga lawang mempunyai kandungan sejenis minyak iaitu anethol. Minyak inilah yang mampu membuatkan kulit kita bertambah cantik.


Minyak bunga lawang juga memiliki sifat estrogen yang mampu mengelakkan wanita berasa sakit ketika haid. Ambil minyak bunga lawang dan sapukan di tempat yang sakit secara perlahan. Boleh juga diminum rebusan bunga lawang bersama asam jawa.


Dipercayai bunga lawang mampu melegakan radang selsema dan batuk.

Sekiranya anda mengalami gangguan perut seperti kembung dan sembelit, banyakkan minum minyak bunga lawang bersama air hangat di pagi hari untuk melancarkan penghadaman.


Jika anda mengalami luka kecil, minyak bunga lawing mampu mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan luka itu.


Ternyata bunga lawang bukan sahaja boleh dijadikan masakan tatapi juga boleh memberi manfaat untuk kesihatan. Selamat mencuba!

Begitulah banyaknya  khasiat dari rempah ratus yang ada disekeliling kita , bukan sahaja sebagai penyedap makanan malahan ia juga sebagai penawar pelbagai jenis penyakit . Begitulah hebat ciptaan Tuhan kepada Alam dan manusia yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain .  Jadi kita perlu bersyukur dengan anugerah alam yang amat berharga ini  . Aamiin , Ya Robal Alamiin.


Rujukan :
1.https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/nak-kurus-nak-kulit-cantik-air-kayu-manis-mungkin-untuk-anda/3965270.html
2.https://jiwasihat.com/khasiat-lada-hitam/
3.https://www.facebook.com/hjbouquetbyme/posts/khasiat-bunga-lawangbunga-lawang-adalah-rempah-yang-terbentuk-daripada-tumbuhan-/2377055375894538/
4.https://www.tokopedia.com/blog/manfaat-cengkeh-untuk-kesehatan-hlt/
5.http://laman-seri.blogspot.com/2012/04/khasiat-ketumbar.html



Tiada ulasan: