Ahad, Januari 24

Ujian Banjir dan peningkatan semula wabak kes Covid 19 di Awal Tahun 2021

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat semua . Dimana pun sahabat semua berada, saya doakan semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga disamping sibuk menguruskan tugasan  harian . Semoga kita semua dilindungi Allah dan dijauhkan dari bencana dan dan sebarang kemudaratan . Namun bagi sahabat  yang sedang di uji oleh Allah dengan Banjir atau diuji dengan Covid-19 yang sedang mencanak naik jumlah jangkitan, diharap sahabat-sahabat dapat bersabar dan banyak berdoa.Ikutilah SOP yang telah yang telah diberikan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri  ) agar wabak ini dapat dikawal penularannya dengan segera.

Berbalik ke pada Tajuk Banjir yang telah melanda di Enam Negeri Di Malaysia Pahang, Perak dan Kelantan manakala Terengganu dan Johor mencatatkan jumlah yang  ramai. Jumlah mangsa banjir di enam negeri meningkat kepada 20,107 .Mangsa ditempatkan di 201 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah dengan Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 3,276 orang dipindahkan, diikuti Maran (1,895), Raub (1,493), Jerantut (1,259), Lipis (1,119), Rompin (742), Temerloh (605) Bentong (215) dan Pekan (135).     







Petunjuk terkini Aras air yang dikeluarkan oleh Jabatan  Pengairan  dan Saliran malaysia


 6 Januari 2021, Sementara itu, 10 sungai negeri itu masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor dan di Kuala Medang, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap di Jerantut, serta tiga sungai di Kuantan iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Kuantan di Pintasan Kuantan serta Sungai Lepar di Jambatan Gelugor.BERITA BOLEH BACA DISINI



                                   Kawasan perumahan yang ditenggelami air banjir



 Jalan-jalan di penuhi air di kawasan yang di landa Banjir dan kenderaan terkandas


                                

                                 Laluan Jambatan ATTADURI  Langkap terhakis 
        

Selasa, 5 January 2021  Langkap , Perak menghala ke Chikus berlaku hakisan di laluan berkenaan akibat peningkatan paras air dan arus deras mengakibatkan jambatan  runtuh  dan   BACA BERITA LANJUT DISINI


                                         

                                      Jambatan Konkrik Setelu, kelantan roboh 

Jambatan Konkrik Setelu yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli Pun Runtuh ketika arus kuat melanda  Kelantan baru-baru ini. Berita boleh  Baca di sini.


                                   Bot menjadi pengankutan Utama ketika banjir

6 Jan 2021 , Kelantan banjir makin membimbangkan, Peningkatan air disungai-sungaai naik mendadak berikutan hujan yang turun tidak berhenti-henti  . BERITA LANJUT BACA DISINI

Kita diuji lagi , biar pun banjir belum pulih  sepenuhnya dan kini wabak  Covid- 19 menunjukkan jumlah peningkatan pesakit yang mendadak  dan menyebabkan Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam buah negeri akibat daripada peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak yang menyaksikan kes mencecah empat angka setiap hari.Negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.


                                           Peta kawasan PKP, PKPB DAN PKPP

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 hingga 26 Januari 2021

PKP Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan (dari 12 hingga 26 Januari)

Sejumlah 2,433 kes harian baru Covid-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes. Perdana menteri berkata, pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan. BERITA BOLEH BACA DISINI

                      

                               Operasi sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan
  

“Operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama,” katanya. BACA BERITA SETERUNYA DI SINI.

Menurut PM, mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.   Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian Covid-19, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai adalah tidak dibenarkan. “Seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKPP, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat,” katanya.Katanya, bagi sektor ekonomi, lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi. Maklumat lanjut boleh diketahui di sini .

“Bagaimanapun, hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing.MAKLUMAT LANJUT BOLEH BACA DI SINI.

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga bencana banjir dan wabak covid -19  yang melanda negara kita dan  yang melandan Dunia  dapat dpulihkan . Kita semua mestilah mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Pihak berkuasa supaya kita dan keluarga seterusnya masyarakat terpelihara dan selamat. "  berjaga-jaga di musim banjir kerana malang tidak berbau dan jaga jarak  serta kita jaga kita "  Sekian , terima kasih .

 

Rujukan :

1.https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/

2.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bencana-banjir-2021-senarai-korban-nyawa-setakat-ini-275993

3.  https://www.malaysianow.com/berita/2021/01/11/pkp-dilaksanakan-semula-dua-minggu-di-6-negeri-kata-pm/

4.https://www.miti.gov.my/miti/resources/SOP%20AM%20PKP%2021012021.pdf

Tiada ulasan: