Jumaat, April 22

BUBUR NASI IKAN BILIS BERSAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Berjumpa semula kita di hari jumaat ini.  Oklah hari ini saya
 ingin berkongsi resipi bubur nasi ikan bilis bersayur yang sangat 
mudah untuk disedikan.  Nasi semalam masih ada dan saya telah 
simpankan dalam peti sejuk. Saya telah merancang untuk
 membuat  bubur nasi . Labu menjadi salah satu bahan 
dalam masakan saya kali ini. Mari kita lihat Khasiat
 buah labu dengan mengklik di SINI. Labu
 merupakan makan kegemaran Baginda 
Rasulullah S.A.W.



Bahan-bahan yang digunakan

1/2 - cawan - Nasi / beras - direbus hingga kembang

1  - Biji kentang di potong dadu

1  - potong labu  di potong dadu

1/2 -  batang lobak merah di potong dadu

1- kiub ikan bilis

1 - batang serai - di ketuk2



Bahan untuk menumis - dikisar/tumbuk

2 biji - bawang merah 

1 biji - bawang putih 

1/2 inci - halia

1 batang - kulit kayu manis

2 kuntum - bunga lawang

2 kuntum - bunga cengkih

1 sudu kecil - jintan manis

1 sudu kecil - jintan putih

1 sudu kecil - lada sulah - dikisar 

1 senduk minyak - untuk menumis &
       untuk mengoreng ikan bilis  



Panaskan  minyak, masukkan  bahan kisar.Tumiskan
sehingga berbau wangi. Seterusnya ketepikan ia.
Bahan ini akan kita masukkan dalam 
bubur nasi nanti .

Gambar kecil  : di atas jenis sayuran dan bahan-bahan
                             yang di gunakan dalan Bubur nasi ini.

Gambar  besar bahagian bawahnya :
 menunjukan sayuran kentang, labu, lobak
 merah  yang telah di potong dadu.



Gambar di atas menunjukkan setiap langkah proses memasukan
sayuran , seperti labu, kentang ,lobak merah dan serai ke dalam
Bubur nasi ini. Proses ini berjalan selama 1jam- 1jam 30 minit.
Saya memasak menggunakan " RICE COOKER".


Gambar di atas  menunjukkan semasa  rempah tumisan
 di campur ke dalam Bubur nasi. Kemudian kacau rata. Ketika ini
 masukkan Kiub Ikan bilis, garam secukup rasa. Biarkan
selama 10 minit.Seterusnya
 " OFF" kan  rice cooker.




Diatas ini bubur telah siap dimasak ,tetapi masih
 dalam periuk lagi

Cadangan Hiasan

Ikan bilis

Daun sup


  Akhirnya siap  Bubur Nasi Ikan Bilis Bersayur saya.
Rasanya pun Alhamdulillah ok.  Terasa manis labu, terasa 
masin ikan bilis dan terasa rempah - ratusnya.       


Sekian, Wassalam

Jumpa lagi Di Blog......



Tiada ulasan: