Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah nampaknya cuaca di Ipoh beransur-ansur seperti
sediakala,,,tidah lah terlalu panas lagi. Hujan sudah mula
turun dan pokok-pokok semakin segar dengan limpahan air
hujan. Apa khabar semua dan diharap semua gembira disamping
keluarga. Kesibukan urusan harian tidak boleh dinafikan, tetap
akan berjalan seperti biasa. Oklah hari in saya nak berkongsi
resipi Peria Masak Cili Bertelur. Peria merupakan sayuran
yang berasa pahit namun mempunyai pelbagai khasiat .
Jika ingin mengetahui khasiatnya sila Klik di SINI.
Mari kita lihat bahan-bahan yang
digunakan dalam resipi ini
Bahan- Bahannya
Peria katak - 2 biji
Bawang Besar - 1 biji
Bawang putih - 1 biji
Serai - 1 batang
Halia - 1/2 inci
Cili kering - 5 Biji ( bergantung jenis cili ada
yang jenis pedas, kurangkan )
Ikan bilis 15 ekor - saiz sederhana
Serbuk kunyit - 1/2 sudu kecil ( untuk warna )
Asam jawa - 3 sudu makan pekat
Minyak - 1 senduk sederhana
Pati Santan - 1/2 gelas kecil
( seperti gambar di bawah)
Air - 1/2 cawan kecil
Telur - 1 biji
Telur - 1 biji
Garam
Gula
Bawah ini Bahan - Bahan kisar
Bawang Besar
Bawang Putih
Serai
Cili kering
Ikan bilis
Halia
Di bawah ini Bahan - bahan ini telah di kisar
Bawang Putih
Serai
Cili kering
Ikan bilis
Halia
Di bawah ini Bahan - bahan ini telah di kisar
Di bawah , bahan kisar telah di tambah
1/2 sudu serbuk kunyit , tujuanya
agar kelihatan lebih menarik .
1/2 sudu serbuk kunyit , tujuanya
agar kelihatan lebih menarik .
Di bawah ini Kuali telah di panaskan . Lalu masukkan
Bahan kisar dan asam jawa serta kacau serata
seperti dalam gambar
Bahan kisar dan asam jawa serta kacau serata
seperti dalam gambar
Setelah , berbau wangi masukkan Peria dan
kacau ratakan seperti gambar di bawah
kacau ratakan seperti gambar di bawah
Merujuk gambar di bawah , Tolakkan campuran peria
ke tepi kuali. Masukkan telur ke dalam kuali dan
kacau serata. Masak dengan api sederhana .
ke tepi kuali. Masukkan telur ke dalam kuali dan
kacau serata. Masak dengan api sederhana .
Masukkan pati santan , kacaukan serata santan
dan bahan yang lainnya
Dibawah ini gambar bahan- bahan ini
telah di kacau serata. Pastikan
Peria telah lembut.
Berikut merujuk gambar di bawah sudah hampir siap,
masukkan air , garam, gula secukup rasa . Masakan ini
mengambil masa lebih kurang 15- 20 minit
masukkan air , garam, gula secukup rasa . Masakan ini
mengambil masa lebih kurang 15- 20 minit
Alhamdulillah .... akhirnya siap .. masakan
ini mudah sangat . Hasilnya rasa Pahit Peria
tidak terasa sangat . ini kerana
diseimbangkan dengan rasa
lemak santan, disamping
masam manis rasa
asam jawa .
tidak terasa sangat . ini kerana
diseimbangkan dengan rasa
lemak santan, disamping
masam manis rasa
asam jawa .
Sekian, Wassalam
Jumpa lagi di Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan