Khamis, Mei 12

MASAK LEMAK NENAS IKAN MASIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua , semoga semuanya sihat dan tentunya sedang 
 sibuk dengan urusan seharian dan keluarga. Menu Masak Lemak Ikan
 Masin akan saya kongsikan disini .  Oklah..Nenas seperti yang kita 
semua  maklum adalah buah yang sekarang  ini telah berlaku banyak
inovasi  ke atasnya dari segi rasa . Ini adalah hasil usaha
Kajian Jabatan Pertanian. Dari segi rasa , Nenas
 sekarang bertambah manis dan enak. Disamping
 itu khasiatnya tidak lagi boleh dinafikan.
Anda boleh membacanya di SINI 






Di atas ini gambar Masak Lemak  nenas yang sudah siap dihidangkan





Bahan-bahannya A ( kisar ) :-

8  biji Cili kering - potong & rendam air panas

4 biji Bawang merah

2 biji Bawang putih

1cm - Halia

1cm - kunyit hidup 


Bahan B


Sedikit minyak untuk menumis 

Serai - ketuk & carik-carikan

2 - Asam Keping ( opsyenal )

2 - Daun limau purut (opsyenal)

 1 kotak  kecil  - Pati Santan 

Garam

Gula / Serbuk perasa





Bahan C 

1/2 biji  -Nenas Madu - saya potong seperti dalam
gambar diatas .  Anda juga boleh potong ikut kesukaan
 anda. Saya guna nenas madu , tak masam pun

1-  ekor Ikan masin - (saiz sederhana )
saya potong kecik saya  guna ikan duri 





Cara-cara;-

Tumis ikan masin, serai dan bahan A sehingga bau wangi
masak dengan api perlahan aje...Kemudian masukkan
 nenas, nanti ia akan mengeluarkan air.






Selepas masukkan nenas, masukkan  pati santan , daun limau,
asam keping, masak guna api perlahan aje .Tambah garam , 
gula /serbuk perasa secukup rasa.






Masak Lemak Ikan Masin saya dah siap, tapi masih
 dalam periuk lagi . Saya mengambil masa 40 minit 
untuk menyiapkan masakan ini. Ini kerana masak 
 dengan api perlahan  aje...untuk mengelakkan
santannya dari pecah minyak . 






Gambar Masak Lemak dalam 2 posisi yang berbeza.
Selamat mencuba ....





Selamat menjamu selera...

Sekian, Wassallam




Jumpa lagi di Blog...


Tip

Kalau guna nenas biasa renehkan dulu, buang 
separuh air kerana ia masam.    




Ahad, Mei 8

SELAMAT HARI IBU

Assalmualaikum dan salam sejahtera,

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu seluruh dunia....
Semoga semua ibu dirahmati ALLAH hendaknya......


     

Ditujukan khas untuk semua ibu -ibu ....
Dengarkan ....



 Jumpa lagi di Blog....





Wassalam sekian


TRAGEDI DI BATANG LUPAR SARAWAK 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .




Berita terbaru kemalangan Helikopter yang telah
 melibatkan Dato Wan Mohammad Khair-il ,Dato Noriah
 Kasnon, Dato Dr Sundaran Annamalai, Asmuni Abdullah
 Ahmad Sobri Harun dan Kapten Rudolf Ragas telah benar-benar
mengejutkan semua . Kejadian ini telah berlaku  di Sungai Batang
 Lupar Sarawak . Semoga ALLAH merahmati semua  roh arwah  dan
  di tempatkan di kalangan orang  yang beriman . Disamping itu
 semoga semua ahli keluarga  arwah yang terlibat di beri kesabaran
 dan ketabahan  menerima qada dan qadar ini.  




Ya ALLAH berikan kekuatan kepada semua ahli keluarga  arwah 
 menerima dugaan berat ini . Aamiin.. 

Wassalam

Jumaat, Mei 6

BIHUN GORENG SINGAPORE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Apa khabar semua ? semoga sihat dan ceria disamping keluarga
dengan menjalankan aktiviti harian .Hari ini saya bercadang masak
 Bihun singapore . Oleh kerana bihun adalah makanan berat maka saya
 ambil keputusan untuk tidak akan  masak nasi . Tambahan sajian ini 
di penuhi sayur dan pelbagai bahan lain . Saya telah mengikuti resipi 
di SINI .Bahan-bahannya telah saya siapkan terlebih dahulu. 
Di bawah ini gambar Bihun Singapore yang telah siap .





Bahan - bahan  

1  - Bungkus  Bihun 

Air

sedikit minyak 


Bahan  A

1- Bawang Besar

3 - Ulas Bawang Putih

1 - cm Halia 

5 - Bebola Ikan - potong 4

Udang


Bahan B

Sawi ( asingkan daun & batang 

Karot - potong memanjang

2 - Putik Jagung - potong halus

1- Tomato - potong dadu

 1   RM   - Tauge


Bahan  C

2- Kiub Ikan Bilis

2 - sudu Lada hitam

Garam


Bahan D

 1 -Tauhu - potong kecil & goreng  serta ketepikan




Di bawah sayur siap dipotong, manakala bihun
 direndam 20 minit. Seterusnya Tauhu goreng 
 , daun sup dan Udang dan bebola ikan.




Di bawah ini tumis Bahan A sehingg berbau wangi dan
 masukkan  Batang Sawi, karot dan putik jagung dan 
masak sehingga lembut. Akhirnya masukkan udang  ,
lada hitam , kiub ikan bilis dan air . Air di masukkan
 ikut keperluan Masak dengan api sederhana sahaja.






Toskan Bihun dan  masukkan bihun dan gaul rata bersama
 tomato, daun sawi , tauge,  tauhu goreng  dan garam secukup rasa .
Gaulkan rata dam masak dengan api 
perlahan sahaja .





Di bawah ini bihun Singapore telah masak tapi masih
 dalam kuali lagi . Masakan ini mengambil masa
antara 30 - 40 minit .





Bihun dari pandangan sudut dekat 






 Resipi Cili Hijau Bercuka boleh di baca di SINI.
Saya pun ikut resipi yang sama.





Di bawah ini Bihun Singapore saya telah siap untuk 
dihidangkan dan di makan bersama cili Hijau bercuka.
Selamat Mencuba ....





Cadangan hiasan 

Daun Bawang

Telur dadar.




Sekian  wassalam





Jumpa lagii di Blog ........

Khamis, Mei 5

KERABU TOMATO BILIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya nak berkongsi Resipi Kerabu 
Tomato Bilis yang mudah dan sedap. Bahan yang digunakan
 pun tak banyak . Tomato seperti yang sedia maklum mempunyai 
banyak kebaikan dan khasiat. Kalau berminat nak 
tahu sila Klik di SINI . Tomato juga mempunyai
 pelbagai jenis dan jika berminat untuk
 mengetahui  lebih lanjut sila baca di SINI .
Info yang menarikkan....



Berikut bahannya :

5 - Biji Tomato - buang biji ,
     potong memanjang

1- Batang Serai - yang kecil je...
 -  belah 2 & hiris nipis yang boleh

1 - Bunga Kantan  - belah 2
  - hiris nipis

1 - Biji Cili Hijau - buang biji
     & hiris nipis

1/2 - Bawang Besar - hiris nipis

Garam - secukup rasa

Gula - secukup rasa

Sejemput - Ikan Bilis - goreng 
& tumbuk sederhana halus





Cara- Caranya 


Potong & Hiris halus dan satukan semua bahan tadi 
dalam 1 bekas seperti  gambar di bawah ini.




Masukkan ikan bilis goreng yang telah di tumbuk ke
 dalam sayur yang di hiris halus tadi bersama .


Gaulkan rata  sayuran, ikan bilis, garam
 & gula secukup rasa. Setelah berpuas hati
 dengan rasanya , bolehlah dihidangkan.





Akhirnya siap ...Kerabu Tomato Bilis saya ...
Senang dan cepat untuk disediakan .
Tapi yang paling penting berkhasiat .

 Sekian , Wassalam




Jumpa Lagi di blog ....... 

Selasa, Mei 3

SUP IKAN BERSAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua ? semoga sihat selalu...
disamping keluarga  . Alhamdulillah hari ini sudah 25 Rejab  1437 .
Kelebihan Bulan Rejab bolehlah anda baca maklumatnya di SINI
 Insyaallah tidak lama lagi bulan Syaaban akan menjelma . Bermakna
 Ramadan  tidak lama lagi akan bertandanglah..  iaitu bulan seribu
 rahmat . Aamiin . Oklah Hari ini saya ingin berkongsi 
resipi Sup Ikan Bersayur... resipi ini sangat
 mudah dan berkhasiat  tambahan 
ia cepat dimasak .




Antara bahan yang digunakan ialah seperti di bawah


Ikan - Kepala / Ekor  ( selalunya)

**** Rendam ikan dengan air asam/jus limau selama 
     10 minit untuk menghilangkan hanyir ikan***

Minyak sedikit  - untuk menumis


Bahan (A) ;-

1- Biji Bawang Besar

3 - ulas Bawang Putih

1 cm - Halia



Bahan Kisar ( B)   ;-

1- sudu kecil Biji  Rempah

1- sudu kecil Jintan manis

1/2 - sudu kecil Jintan putih

1/2 - sudu kecil Lada hitam

1- batang Kulit kayu manis (sederhana)

2 - kuntum Bunga cengkih

2 - kuntum Buah pelaga

1 - kuntum Bunga Lawang



Bahan C

1 -  Asam keping  /  1- sudu Jus limau (opsyenal)

1- Kiub  ikan bilis

Garam  - secukup rasa




                                     Di atas ini gambar atas , bahan A & B .




Diatas ini Karot dan Leak telah di potong.



Gambar di atas proses menumis  A, setelah itu masukkan 
bahan B sehinggalah berbau wangi dan seterusnya
masukkan air dan karot , karot dimasukkan 
cepat agar mudah lembut. Masak 
dengan api sederhana.



Akhir sekali masukkan Ikan, Leak , kiub ikan bilis
 (asam keping / jus limau - opsyenal)
 dan garam secukup rasa. Selalunya ikan 
ini  tidak  dimasak terlalu  lama.
Masak dengan api perlahan  sahaja
  selama 6 - 10  minit sahaja .




Siaplah Sup Ikan Bersayur simple saya. 
Masakan ini mengambil masa 
 hanya 20 - 25 minit sahaja . 
Selamat mencuba


Cadangan Hisan 

Bawang goreng 


Sekian , Wassalam
Jumpa lagi di Blog 


Isnin, Mei 2

SAMBAL HIJAU IKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah bersua kembali  kita di Blog.....
Selamat bercuti....Hari ini saya berpuasa.. terfikir-fikir 
apakah juadah untuk berbuka . Akhirnya saya buka peti sejuk antaranya 
saya terlihat ada cili hijau dan ikan. Saya ambil keputusan untuk masak
 Sambal Hijau Ikan....seperti gambar di bawah ini



Mari kita lihat bahan-bahannya seperti di bawah ini

3 - potong Ikan Merah
( - telah siap digoreng , ikan jenis lain pun ok ) 

Bahan Kisar 

 12 - biji Cili Hijau  

2 - biji Bawang Besar

3 - ulas Bawang putih

1 -  batang Serai

1 -  cm Halia

4 - helai Daun Limau Purut

Belacan - besar ibu jari

Air -  mengikut keperluan 


Bahan Perasa

Air asam jawa ( mengikut kesukaan ) 

1/2 - senduk sederhana gula

Garam secukup rasa   


Bahan ini dibersihankan dan dipotongkan seperti gambar di atas 



Ini hasil bahan telah diblenderkan. Jangan halus sangat ,
biar nampak cebisan cili dan bahan-bahannya.



Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diblender hingga 
berbau wangidan garing . Masukkan  gula, garam, air  dan air asam
 secukup rasa.Masak dengan api sederhana 
hingga kuah memekat.   



Setelah kuah memekat masukan ikan goreng dan kacau perlahan-lahan.
Masakkan dengan api yang perlahan sahaja selama 5 minit sahaja. 
Setelah itu padamkan api .



Di atas ini hidangan ini  telah siap dimasak
Masakan ini hanya mengambil masa 25 - 30 minit sahaja. 


Pesanan :

Goreng ikan garam kunyit sederhana garing


Sekian, Wassalam


Jumpa lagi Blog

Ahad, Mei 1

SELAMAT HARI PEKERJA 2016


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat menyambut hari pekerja buat semua pekerja 
di mana sahaja berada.

Hari ini  hari bercuti dan hari beriadah buat semua secara amnya. Sejarah  sambutan hari pekerja  ini telah bermula di Australia pada  tahun 1856 . Jika anda  ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah Klik di SINI. Manakala sejarah sambutan Hari pekerja 
di Malaysia pula bermula pada 20 Mei ,1972. Anda
 bolehlah membaca maklumatnya  di SINI .



 "SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA"


 Selain dari sambutan berkaitan agama dan negara, terdapat lagi pelbagai sambutan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang khusus. Ada diantara sambutan ini sesuai untuk kita sambut namun ada juga yang tidak sesuai kerana ianya diluar batasan agama serta budaya.

Selain dari bertujuan memberi kesedaran, penghargaan, memperingati atau meraikan seseorang atau peristiwa, misi kemanusiaan, pekerjaaan, tanggungjawab dan mencintai alam sekitar, ada diantaranya yang mempunyai matlamat tersembunyi yang mampu memesongkan akidah dan merosakkan akhlak, moral serta budaya bangsa.





Sambutan Pada Bulan Mei

Sekian , Wassalam 

Jumpa lagi di Blog




Sabtu, April 30

DAGING MASAK KICAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua.
Semoga sihat dan dalam lindungan Tuhan.Hari ini saya mahu berkongsi resipi masak kicap daging yang simple. Kicap merupakan bahan perasa makanan yang sinonim dengan kita orang timur. Kicap kaya dengan pelbagai Zat yang diperlukan badan, ini dapat dibuktikan dengan membaca dan klik di SINI . Jika berminat nak mengetahui proses pembuatannya sila klik di SINI  . Di bawah ini Masak kicap yang dah siap .

Bahan-bahan:
500gm  - Daging lembu dipotong nipis
( Rebus sehingga empuk )
1 batang - Kayu manis,
4 kuntum - bunga cengkih,
4 kuntum - buah pelaga 
2 kuntum- bunga lawang
1/2  sudu makan - lada hitam kisar
2 biji - Kentang - potong 4
 2 sudu besar - Kicap Masin
1 sudu besar - Kicap Manis ( agak-agak sesedap rasa)
1/2 -sudu besar sos tiram

Air - rebusan daging

 Bahan kisar ;-


1 biji Bawang besar


2 - ulas bawang putih


2 inci  - Halia



Cara-cara:
Tumis  bawang merah dan bawang putih, halia sehingga wangi dan pecah minyak. Masak  dengan api sederhana  dan kacau perlahan. Masukkan kayu manis dan rempah 3 serangkai lada hitam dan kentang. Saya masuk kentang cepat , supaya ia empok
Masukkan  kicap pekat dan manis diikuti daging yang telah dipotong nipis.Kemudian kacau rata .

Tambahkan   sos tiram secukup rasa  .
Tutup kuali dan masak sehingga kuah memekat dan sebati
 bersamadaging dan kentang seperti  gambar di bawah .
Guna api perlahan sahaja.

 Kalau nak berkuah tambahlah  sikit lagi air rebusan daging  .  Makan  dengan nasi yang panas  . Takde lauk lain pun takpe . Masak lauk ini  akan mengambil masa lebih kurang  35 -  45  minit .

tips
***Jika ingin pekatkan kuah masukan 1 sudu makan
 tepung jagung  + air (bancuhan tepung jagung )
ke dalam kuah kicap tadi.

Sekian , Wassalam

Jumpa lagi di Blog