Assalamualaikum & salam sejahtera semua.....
Hari ini saya teringin berkongsi resipi..
Sambal tumis tempe .Mari tengok bahan2nya .
Bahan2nya ( A)
1. Tempe -2 paket ( paket lut sinar)
2. Jintan manis - 1 sudu makan
3. Kunyit serbuk - 1 sudu makan
4. Garam - 1 sudu makan
Tempe dah di goreng - gunakan 3 senduk besar minyak
Bahan ( B ) Bahan -tumis
5. Bawang merah - 3 biji - dimayang
6. Bawang putih - 2 biji - dimayang
7. Cili gililing - RM 1.00 (paket kecil - apa2 jenama ok )
8. Belacan 1 cm
Bahan ( C ) - goreng
Soon & pucuk - RM 1.20 ( paket kecil ) ( basuh awal dan
keringkan betul2 - untuk elakkan dari melekat )
10 .Ikan Bilis - 100 gm
11. Kentang - 3 biji - dipotong memanjang
Tumis bahan B - guna minyak yang goreng tempe tadi
Masukkan Bahan , tempe , bilis, soon + pucuk & kentang .
Akhir sekali campurkan Bahan2 perasa ( D)
Bahan2 perasa ( D)
12 . Sos Tiram - 2 sudu makan
13. Sos Tomato - 2 sudu makan
( Kalau suka tambah lebih untuk memekatkan )
( Kalau suka tambah lebih untuk memekatkan )
14. Sos Cili - 4 sudu makan
Tunggu 5 minit kacau dengan api perlahan .
Tutup api ......jangan tunggu lama
Pesanan :
1. Resipi ini sesuai utk bawa travel kerana boleh
& selamat disimpan lama ( seminggu)
2. Bagi saya - garam tak perlu ditambah ini kerana bilis , sos tiram , sos tomato
dah cukup rasanya di samping itu tempe dah di goreng dengan garam kunyit .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan