Jumaat, Jun 12

Ramadan datang lagi.....Alhamdulillah

Assalamualaikum wrkt..

Alhamdulillah, Akhirnya Ramadhan Bulan Penuh Berkah itu Datang Juga

 ……. بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله 

Bulan Ramadhan telah datang, bulan ini dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai bulan yang penuh berkah:

 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ».

 Artinya:

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 “Telah datang kepada kalian Ramadhan bulan penuh berkah, 
Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan
 atas kalian berpuasa padanya.



RENUNGAN BERSAMA, KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.... 

Bulan diturunkan Al-Quran Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
 dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan 
yang membezakan antara benar dengan yang susah

 ( surah Al Baqarah : 185 ) 

 .Bulan penuh berkat Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut 
sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan
 akhirnya merdeka daripada api neraka.
Bulan penghapusan dosa Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan
 dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya
 nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.
Bulan diturunkan Lailatul Qadar Sesungguhnya kami
 telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. 
Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu.
 Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. 

(surah Qadr:1-5)

Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka
 untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam)
 sehingga terbit fajar.

Waalahhuallam


JUMPA LAGI DI BLOG

Rabu, Mei 6

SULTAN PERAK KE 35

Assalamualaikum & Salam sejahtera.....


Lama juga saya tak menulis .....sibuk dengan pelbagai kerja.Hari ini saya ada kelapangan teringin nak menulis ..........  

Di media-media terutama di Perak , telah diwar-warkan tentang Majlis Pertabalan ini dari minggu lepas .Hari ini cuti Pertabalan Sultan Perak ke 35 Sultan Nazrin Muizuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah . Majlis Pertabalan telah berlangsung dengan jayanya , penuh dengan istiadat . Semoga Negeri Perak bertambah makmur dan maju hendaknya di bawah naungan Tuanku ....Aamiin .


Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum SultanAzlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (diputerakan pada 27 November 1956 (58 tahun) di George TownPulau Pinang) ialah Sultan Perak ke-35. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali .





Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dariUniversiti HarvardAmerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dariUniversiti OxfordEngland pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti HarvardAmerika Syarikatpada 1984.
Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai
Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sekeluarga

DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson diijabkabulkan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria diIstana IskandariahBukit Chandan , bandar diraja Kuala KangsarPerak pada hari Khamis 17 Mei 2007. Pada 18 Mei 2007, Zara Salim Davidson dilantik sebagai Raja Puan Besar Perak. Pada hari Sabtu 19 Mei 2007 majlis persandingan diadakan di Istana Iskandariah, tepian Sungai Perak, bandar Kuala Kangsar, Perak.Tuanku Zara Salim Davidson yang telah diijab kabul sebagai isteri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari Khamis 17 Mei 2007, diisytihar pula sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada hari Jumaat 18 Mei 2007 .Perkahwinan Baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.

Sekian Terima Kasih.....

Wassalam.....




















  • Khidmat








Rabu, Ogos 20

Asam Pedas sardin

Assalamualaikum & Salam sejahtera.....

Hari ini masih dalam bulan Syawal... iaitu 24 Syawal . 
 Nak masak apa..?  Hari nie saya buka peti ais ,
 ada tomato ,daun kesum , daun limau purut .  
Barang ni saya beli semalam semasa
 balik kerja .  Tiba-tiba timbul ideal
 nak masak asam pedas tumis . 





 Kali nie saya gunakan Ikan Sardin dalam tin jee
... jenama ADABI .





Selain tu bahan-bahan nya cili kering ,
saya buang bijinya , bawang kecil ,bawang putih , belacan ;
bahan ini " blendkan" ...sehingga hancur .






 Seterusnya , bahan- bahan lain ialah ;
serai , daun kesum ,  daun limau purut , tomato ,
kentang dan  asam keping .







panas minyak dan masukkan bahan yang telah
 di "blend" tadi , tumis sehingga pecah minyak 
& naik bau ..ok ...., mari kita tengok hasilnya ..... 
jangan lupa masukkan serai dan 
daun limau purut ( carik2kan)
  dan jangan lupa masukan kentang .






Setelah itu masukkan  , tomato , asam keping , 
daun kesum , ikan sardin  dan garam secukup rasa.
 Akhirnya .....siap .


                                     

     Bahan2nya ;-

 4 Bawang  merah kecil

 2 ulas Bawang putih

 Halia 1/2 cm

Belacan 1 cm

Cili kering 5 biji ( klu suka pedas lebihkan )

Asam keping 2 keping kecil

Tomato 1 biji

Kentang 1 biji

Daun kesum sedikit

Daun limau purut ( klu x suka , x payah masukkan )

Garam & Gula secukup rasa


####Selain sedap dimakan dengan nasi ,
 boleh juga dimakan dengan roti####


****SELAMAT MENCUBA*****
JUMPA LAGI DI BLOG

Selasa, Ogos 19

Siakap 3 rasa...

Assalamualaikum .... & salamsejahtera


Sekarang nie... masih dalam bulan Syawal lagi,  Tiap hujung minggu
 ada sahaja " Open House". Pastinya , sehingga habis bulan Syawal .
 Tiba-tiba teringat semalam saya teringin makan ikan 3 rasa......
Buka peti ais  ,nampak 3 ekor ikan siakap... 
maka bermulalah operasi menyiang ikan.....
membersihkannya dan mengoreng .. ...... 


Seterusnya membuat sos 3 Rasa , saya rasa ramai tahu resipinya .
 Walau bagaimana punsaya masih mahu berkongsi ....ok . 

Siakap 3 Rasa

Bahan2 (A) Sos ya:-

  3 Senduk Tomato sos

  2 Senduk Cili Sos ( ikut suka )

  3 sudu Cili Kisar ( sikit je)

 1 Bawang Besar ( hiriskan )

  2 Ulas Bawang putih ( hiriskan)

  1 batang Serai ( Ketuk2kan) 

  3  helai Daun Limau purut ( carik2kan)


Bahan2 (B) 

hiasan utk Sosnya:-

  1 Biji Tomato ( potong dadu)

  1 Biji Cili Bengala hijau ( potong dadu)

  1/2 biji Nenas ( potong dadu)

   1/2 biji timun (potong dadu)



Cara:

Panaskan minyak masak Tumiskan Bawang Besar & Bawang Putih
 ( sehingga kuning)Seterusnya Cili Kisar Masukkan seraiMasukkan  
Tomato SosMasukkan  Cili SosMasukkan Daun Limau purut
Masukan 1/2 Gelas Air .Tunggu sampai mendidih , masukkan 
Bahan BSetelah Siap tuangkan atas Ikan Siakap ....


     p/s *** Bahan2   ini  akan   dimasukkan kedalam sos Ikan , 5 minit 
sebelum kuah diangkat . Jangan terlalu lama , nanti ia layu .

Sekian,



###SELAMAT MENCUBA####