Assalamualaikum semua diharap sihat2 selalu .
Selamat menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Alhamdulillah.....
Ok hari ini saya ingin berkongsi resipi Ayam Ungkep.
Kalau tak silap saya Ungkep bermaksud
disatukan /mesra ....
Bahan2nya ; (A)
1 kg daging Ayam dipotong 8 digaulkan serbuk kunyit
& garam (perap 15 minit)
2 batang serai diketuk2
3 1/2 cawan air
Minyak masak 6 sudu besar
garam/gula/ serbuk perasa
Bahan kisar (B)
6 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
4 cm kunyit hidup
4 cm halia
20 biji cili padi
Panaskan minyak .Tumis semua bahan kisar sehingga
pecah minyak .masukkan serai,
Masukkan daging Ayam & gaul rata . Guna api sederhana , Tambahkan
air, garam , gula & serbuk perasa secukupnya . Tutup kuali rapat 2 .
Gunakan api kecil sahaja selama 20 minit . Kemudian ,
buka penutup kuali & balik2kan daging Ayam tadi ,
supaya bahannya rata pada ayam .Apabila kuahnya
dah mengering dan ayam sudah
empuk & matikan api
****SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 58 TAHUN*****