Isnin, September 28

Kerabu Pucuk Betik

Assalamualaikum & Salam
 Aidul Adha...
tak terlambat lagi..Hari ini saya nak berkongsi resipi Kerabu Pucuk Betik. 
Pucuk betik banyak khasiatnya .Antaranya ialah :-


Khasiat Pucuk Betik yang mana mempunyai pelbagai
 nama dan khasiat seperti penawar

 deman malariamasalah darah tinggimemudahkan
pengeluaran sel darah.
klik di "SINI" untuk membaca lebih lanjut .

Bahan2nya:-

1. Pucuk Betik - 1 ikat -RM 2.00
 ( pucuk betik ni senang cari kat pasar )

2. Cili kering 6 biji

3. Belacan bakar 1 cm

4. Bawang besar 1 biji ( sederhana besar)

5.  1 batang bunga kantan

6.  1 batang serai

7.  1 sudu makan pes asam jawa/ air limau nipis

8.  1 Paket kerisik RM 1.50

9.  Garam & gula secukup rasa .



Cara2nya:-

1. Rebus pucuk betik hingga sedang2 empuk. Angkat 
& toskan serta potong sederhana halus .

2. Bunga kantan, bawang besar & serai di mayang halus
 dan satukan dalam satu bekas .

3. Cili kering dipotong2 & di buang biji serta rendan air panas
 5 minit .Toskan cili  tadi dan blend + belacan bakar
sehinga kedua sebati menjadi pes  .

4. Satukan potongan pucuk betik , serai, bunga kantan,bawang ,kerisik,
air asam , pes cili + belacan , gula & garam secukup rasa
 seperti gambar diatas .

Oklah sekian....bye


JUMPA LAGI DI BLOG

Jumaat, Ogos 28

Sambal tempoyak bilis

Assalamualaikum & salam sejahtera...semua

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Sambal tempoyak bilis.
Sambal tempoyak yang dimasak lebih sedap ... dan selamat disimpan 
dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan dalam peti sejuk .
Bila nak makan buka sahaja peti sejuk ...
Dibawah  ini sambal tempoyak bilis & ulam . 



Bahan  A 

1.  Tempoyak - 2 senduk

2.  Serai 1- batang diketuk2

3.  Daun kunyit - sehelai kecil

4.  Air  sikit

         
 Bahan B -kisar/blend kering

5.  Ikan bilis - segenggam

6.  Cili api - 10 biji ( boleh tukar cili kering jika suka)
- kalau suka pedas + lagi

7.  Kunyit hidup 1 cm


      Bahan C

8.   Garam secukup rasa

9.   Gula  (+ mengikut masamnya tempoyak)

10. Minyak - 2 sudu makan - untuk menumis



 Campur bahan A & bahan B ( kisar/ blend). 

 Tumis  bahan2   ini dengan 
api yang perlahan  dalam kuali  selama 10 minit .
 Akhirnya masukkan  garam
& gula secukup rasa . 


Kacau  sehingga sambal ini memekat seperti gambar di atas  .
Saya juga  telah membuat rujukan  masakan ini 
di Blog DAPUR TANPA SEMPADAN  dan anda juga boleh
 Klik di " SINIuntuk membaca .Terima kasih
  Blog DAPUR TANPA SEMPADAN 

Sekian...  




                                                   
   INSYAALLAH, JUMPA LAGI DI BLOG

Daging masak Rempah

Assalamualaikum & Salam kemerdekaan...
"SEHATI SEJIWA"
Semoga sihat2 selalu disamping keluarga .......
Dua hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan
 yang ke 58 tahun....Syukur Alhamdulillah.

Bahan  A
1. 400 gram daging
2. Minyak  3 senduk  sederhana - untuk menumis


Bahan B- kisar/blend
3. 1 Biji bawang Besar
4. 3 Biji bawang putih
5. 3 inci halia
6. 10 tangkai cili kering 


Bahan C -( bancuh dengan air- satukan jadikan pes)
7.   2 sudu  teh jintan manis
8.     3 sudu besar serbuk rempah kari
9.     3 sudu besar serbuk rempah kurma
10.   1 batang serai - diketuk2
11.   2  pelepah daun kari


Bahan D

12.   1 cawan santan 
13.   6 sudu besar sos tomato/tomato puri
14.   4 sudu besar kicap manis
15.   2 sudu besar kicap pekat
16.   1 cawan air

Potong daging sederhana besar, sebab nanti daging akan mengecut .
 Saya merebus daging sehingga empuk .



Tumis bahan    B + C  , sehingga  pecah minyak & naik  bau wangi  .


Kemudiankan masukkan bahan D & daging yang sudah empuk.
Gunakan api yang sederhana . Tutup periuk masak sehingga 20 minit .
Tutup api ..

Sekian....



    JUMPA LAGI DI BLOG

31 Ogos 1957, Malaya Merdeka




Assalamualaikum & Salam merdeka semua....

Alhamdullilah kerana nikmat MERDEKA ini. Syukur kepada
 ALLAH SWT.Semoga Malaysia Merdeka & Aman makmur selamanya
.............aamin,aamin, aamin.

   Wassalam , 



 Jumpa lagi di blog.....


Rabu, Ogos 26

Masak Lemak Timun & Ikan Masin

Assalamualaikum & salam Merdeka !!!

Saya ingin berkongsi resipi Masak lemak timun tua & ikan masin... 
Menu ini lama dah saya tak masak......ok, jom masak

Bawah ini Timun yang sudah tua, yang akan di gunakan


Bawah ini  Timun yang dah di buang kulit &  dipotong2

        Bahan  ( A ) :
1.     Sebiji timun yang agak tua ( sederhana besar)


        Bahan  ( B )

2.     Ikan masin duri 3 ekor yang kecil - ( rendam dulu - 10 minit- untuk kurangkan masin) 
   


       Bahan 2 ( C ) -  kisar/tumbuk 


3     Kunyit hidup 1 inci

4.    Bawang besar sebiji ( sederhana besar)

5.    Bawang Putih 2 biji

6.    Cili api 5 biji ( Kalau suka pedas tambahkan lebih )

7.    Serai - 1 batang, ketuk2 dan carik2kan


       Bahan ( D )


8.    Asam keping -2 keping kecil

9.    3 Sudu sederhana minyak masak

10     Daun kunyit 1 sehelai

11.  Santan 1 kotak kecil ( guna santan kotak jee)



12.  Garam secukup rasa

13.  serbuk perasa

14.  Air 2 cawan setengah .



Tumiskan bahan ( B ) & bahan  ( C ) sehingga kekuningan 
& naik bau wangi . Tumis dengan api perlahan jee...


Selepas itu masukkan  2  cawan  setengah  air , masukkan 
 santan kotak  (saya guna kotak kecil)  , daun kunyit 
 dan akhirnya masukkan  timun  & asam keping  .
 Biar api sederhana... selama 25 minit  dan tutup periuk . 
Akhirnya ... masukkan  serbuk perasa & garam secukup rasa .
tutup api.....  hidangkan seperti di atas .


*****SELAMAT MENCUBA******




JUMPA LAGI DI BLOG

Sambal Tumis Tempe

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.....

Hari ini saya teringin berkongsi resipi.. 
 Sambal tumis tempe .Mari tengok bahan2nya .



Bahan2nya ( A)

1. Tempe -2 paket  ( paket lut sinar)

2. Jintan manis - 1 sudu makan

3. Kunyit serbuk  - 1 sudu makan 

4. Garam - 1 sudu makan

Tempe dah di goreng - gunakan 3  senduk besar minyak


Bahan ( B ) Bahan -tumis

5. Bawang merah - 3 biji - dimayang

6. Bawang putih - 2 biji - dimayang

7. Cili gililing - RM 1.00 (paket kecil  - apa2 jenama ok ) 

8. Belacan  1 cm




Bahan ( C ) - goreng

Soon & pucuk - RM 1.20 ( paket kecil ) ( basuh awal dan
 keringkan betul2 - untuk elakkan dari melekat )

10 .Ikan  Bilis  - 100 gm

11. Kentang -  3 biji - dipotong memanjang


Tumis bahan   B - guna minyak yang goreng tempe  tadi



Masukkan Bahan  , tempe , bilis, soon + pucuk & kentang .
 Akhir sekali campurkan  Bahan2 perasa   ( D)

Bahan2 perasa  ( D)

12 . Sos Tiram - 2 sudu makan

13.  Sos  Tomato - 2 sudu makan
 ( Kalau suka tambah lebih untuk memekatkan )

14.  Sos Cili - 4 sudu makan 

 Tunggu 5 minit kacau  dengan api perlahan . 
Tutup api ......jangan tunggu lama 

Pesanan : 

1. Resipi ini sesuai utk bawa travel kerana boleh 
& selamat disimpan lama ( seminggu)

2. Bagi saya - garam tak perlu ditambah ini kerana bilis , sos tiram , sos tomato 
    dah cukup rasanya di samping itu tempe dah di goreng dengan garam kunyit .

Sekian , Terima Kasih.....................

JUMPA LAGI DI BLOG

Kari Ikan Pari

Assalamualaikum  dan salam sejahtera....

Saya tahu ramai yang pandai masak kari , walau bagaimana pun
 saya masih  nak berkongsi resipi  Kari Ikan pari ....cara saya leee.

  1/2 kilo Ikan pari - disiang & potong + direndam dengan air asam jawa
 ( untuk hilangkan hanyir -    20  minit )  . Selain asam jawa boleh guna
 limau nipis/ asam belimbing  dll.


Bahan ( A)   di racik halus

1.  Bawang merah 3 biji

2.  Bawang putih  2 biji

3.  Halia - 2 inci


Bahan  ( B )
4.   Daun kari - 2 pelepah

5,   Halba campur - 1 sudu makan

6.   Rempah kari ikan - 3 paket kecil ( apa2 , jenama pun ok)

7.   Serbuk cili  - 1  sudu makan

8.   Serbuk jintan manis - 1 sudu makan

9.   Kulit kayu manis -  1 cm

10. Bunga lawang - 2 kuntum

11. Bunga cengkih - 4 kuntum


Bahan ( C )

12. Santan - 1/2 kotak kecil ( kalau suka + lagi )

13. Air asam - sikit

14. Terung - 4 biji kecil   ( potong 2- memanjang )

15. Tomato  - 5 biji kecil ( potong 2)

16. Air - 4 gelas besar

Tumis bahan A + bahan B

Masuk  rempah yang dah dibancuh  dengan air .  
Tujuan campurkan air untuk elakkan hangit

Setelah naik bau & Pecah minyak ,  masukkan terung.
( agar terung layu cepat ) tunggu 5 minit .

Kemudian masukkan tomato. Perlahankan api dan masukkan santan 
 + air asam jawa  +  ikan pari + garam + air ( utk kuahnya) ,
 secukup rasa .Biarkan selama  15  dengan api perlahan .
 Biar kuahnya mendidih dan tutup apinya . Akhirnya  siap .


Tip ;
Kalau nak makan malam , masaklah tengah hari , lagi sedap , 
setiap kali dipanaskan ia akan lebih    mesra ....ok 

 ...wassalam  .

JUMPA LAGI DI BLOG

Selasa, Ogos 25

Kerabu peria

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


Saya ingin berkongsi resipi kerabu peria. Peria terbahagi kepada 2 
( peria katak -yang kecil & peria yang besar ).
 Antara khasiat dari pada peria ;-

i.Sembuhkan Buasir - minum jus peria + 
 sedikit air limau kasturi - amalkan selama sebulan .

ii.Jika diamalkan insyaallah mampu sembuhkan diabetis

iii.Penawar bagi masaalah darah kotor - spt bisul, kudis buta .   

Ok, mari kita tengok Resipi ini .


Bahan2nya

1 .Peria katak 3 biji ( saiz sederhana)

2. Tomato 7 biji ( kecil ) 

3. Cili  besar merah 1 biji (  saiz sederhana )

4. Cili api 3 biji ( warna hijau )  kalau suka pedas tambah lagi

5. Bawang Besar separuh

6. Serai 1 batang

7. Bunga Kantan 1 batang ( saiz sederhana )

8  Ikan bilis ( segenggam) - kalau lebih lagi sedap.

9. Jus limau 2 sudu makan ( ikut suka )

10 Garam ,gula  ( secukup rasa )

Peria , tomato ( buang biji ) di potong  nipis2 . Cili merah besar dibelah 2
 &bijinya dibuang seterusnya di potong nipis2.


Bawang besar, serai, bunga kantan dihiris halus. Ikan Bilis di goreng dan
 dikisar kering/tumbuk halus.


Bahan ini sedia untuk digaulkan . 

Tip :
Untuk kurangkan rasa pahit peria - rendam hirisan peria + air garam 


                 Sekian ...............
JUMPA LAGI DI BLOG

Ayam masak Ungkep

Assalamualaikum  semua diharap sihat2 selalu . 

Selamat menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Alhamdulillah.....
Ok hari ini saya ingin berkongsi resipi Ayam Ungkep. 
Kalau tak silap saya Ungkep bermaksud
 disatukan /mesra .... 




Bahan2nya ; (A)

1 kg  daging Ayam dipotong 8 digaulkan serbuk kunyit 
 & garam (perap 15 minit)

2 batang serai diketuk2

 3 1/2 cawan air

 Minyak masak 6 sudu besar

garam/gula/ serbuk perasa





Bahan kisar (B)



 6 ulas bawang putih

 12 biji bawang merah

 2  sudu makan serbuk ketumbar

 2  sudu makan serbuk jintan manis

 2 sudu makan serbuk jintan putih

 4 cm kunyit hidup

  4 cm halia

 20 biji cili padi






Panaskan minyak .Tumis semua bahan kisar sehingga 
pecah minyak .masukkan serai,






Masukkan daging Ayam & gaul rata . Guna api sederhana , Tambahkan 
air, garam , gula  & serbuk perasa  secukupnya . Tutup kuali rapat  2 .
 Gunakan api kecil sahaja selama 20 minit  . Kemudian , 
buka penutup kuali & balik2kan daging Ayam tadi ,
 supaya bahannya rata pada ayam .Apabila kuahnya 
dah mengering dan ayam sudah
 empuk & matikan api   


Sekian terima kasih .....




Jumpa lagi di Blog


****SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 58 TAHUN*****