Isnin, Mei 2

SAMBAL HIJAU IKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah bersua kembali  kita di Blog.....
Selamat bercuti....Hari ini saya berpuasa.. terfikir-fikir 
apakah juadah untuk berbuka . Akhirnya saya buka peti sejuk antaranya 
saya terlihat ada cili hijau dan ikan. Saya ambil keputusan untuk masak
 Sambal Hijau Ikan....seperti gambar di bawah ini



Mari kita lihat bahan-bahannya seperti di bawah ini

3 - potong Ikan Merah
( - telah siap digoreng , ikan jenis lain pun ok ) 

Bahan Kisar 

 12 - biji Cili Hijau  

2 - biji Bawang Besar

3 - ulas Bawang putih

1 -  batang Serai

1 -  cm Halia

4 - helai Daun Limau Purut

Belacan - besar ibu jari

Air -  mengikut keperluan 


Bahan Perasa

Air asam jawa ( mengikut kesukaan ) 

1/2 - senduk sederhana gula

Garam secukup rasa   


Bahan ini dibersihankan dan dipotongkan seperti gambar di atas 



Ini hasil bahan telah diblenderkan. Jangan halus sangat ,
biar nampak cebisan cili dan bahan-bahannya.



Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diblender hingga 
berbau wangidan garing . Masukkan  gula, garam, air  dan air asam
 secukup rasa.Masak dengan api sederhana 
hingga kuah memekat.   



Setelah kuah memekat masukan ikan goreng dan kacau perlahan-lahan.
Masakkan dengan api yang perlahan sahaja selama 5 minit sahaja. 
Setelah itu padamkan api .



Di atas ini hidangan ini  telah siap dimasak
Masakan ini hanya mengambil masa 25 - 30 minit sahaja. 


Pesanan :

Goreng ikan garam kunyit sederhana garing


Sekian, Wassalam


Jumpa lagi Blog

Ahad, Mei 1

SELAMAT HARI PEKERJA 2016


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat menyambut hari pekerja buat semua pekerja 
di mana sahaja berada.

Hari ini  hari bercuti dan hari beriadah buat semua secara amnya. Sejarah  sambutan hari pekerja  ini telah bermula di Australia pada  tahun 1856 . Jika anda  ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah Klik di SINI. Manakala sejarah sambutan Hari pekerja 
di Malaysia pula bermula pada 20 Mei ,1972. Anda
 bolehlah membaca maklumatnya  di SINI .



 "SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA"


 Selain dari sambutan berkaitan agama dan negara, terdapat lagi pelbagai sambutan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang khusus. Ada diantara sambutan ini sesuai untuk kita sambut namun ada juga yang tidak sesuai kerana ianya diluar batasan agama serta budaya.

Selain dari bertujuan memberi kesedaran, penghargaan, memperingati atau meraikan seseorang atau peristiwa, misi kemanusiaan, pekerjaaan, tanggungjawab dan mencintai alam sekitar, ada diantaranya yang mempunyai matlamat tersembunyi yang mampu memesongkan akidah dan merosakkan akhlak, moral serta budaya bangsa.





Sambutan Pada Bulan Mei

Sekian , Wassalam 

Jumpa lagi di Blog




Sabtu, April 30

DAGING MASAK KICAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua.
Semoga sihat dan dalam lindungan Tuhan.Hari ini saya mahu berkongsi resipi masak kicap daging yang simple. Kicap merupakan bahan perasa makanan yang sinonim dengan kita orang timur. Kicap kaya dengan pelbagai Zat yang diperlukan badan, ini dapat dibuktikan dengan membaca dan klik di SINI . Jika berminat nak mengetahui proses pembuatannya sila klik di SINI  . Di bawah ini Masak kicap yang dah siap .

Bahan-bahan:
500gm  - Daging lembu dipotong nipis
( Rebus sehingga empuk )
1 batang - Kayu manis,
4 kuntum - bunga cengkih,
4 kuntum - buah pelaga 
2 kuntum- bunga lawang
1/2  sudu makan - lada hitam kisar
2 biji - Kentang - potong 4
 2 sudu besar - Kicap Masin
1 sudu besar - Kicap Manis ( agak-agak sesedap rasa)
1/2 -sudu besar sos tiram

Air - rebusan daging

 Bahan kisar ;-


1 biji Bawang besar


2 - ulas bawang putih


2 inci  - Halia



Cara-cara:
Tumis  bawang merah dan bawang putih, halia sehingga wangi dan pecah minyak. Masak  dengan api sederhana  dan kacau perlahan. Masukkan kayu manis dan rempah 3 serangkai lada hitam dan kentang. Saya masuk kentang cepat , supaya ia empok
Masukkan  kicap pekat dan manis diikuti daging yang telah dipotong nipis.Kemudian kacau rata .

Tambahkan   sos tiram secukup rasa  .
Tutup kuali dan masak sehingga kuah memekat dan sebati
 bersamadaging dan kentang seperti  gambar di bawah .
Guna api perlahan sahaja.

 Kalau nak berkuah tambahlah  sikit lagi air rebusan daging  .  Makan  dengan nasi yang panas  . Takde lauk lain pun takpe . Masak lauk ini  akan mengambil masa lebih kurang  35 -  45  minit .

tips
***Jika ingin pekatkan kuah masukan 1 sudu makan
 tepung jagung  + air (bancuhan tepung jagung )
ke dalam kuah kicap tadi.

Sekian , Wassalam

Jumpa lagi di Blog

Rabu, April 27

TELUR DADAR BERSAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Kali ini saya ingin berkongsi resipi Telur Dadar Bersayur.
Antara bahan yang saya gunakan di sini  ialah Mayonis. Khasiat
 mayonis memang tidak boleh dinafikan. Untuk mengetahui , 
bolehlah dengan mengklik di  SINI    


Bahan - bahannya ;-

3 - biji telur 

1/2 - biji tomato 
( dipotong dadu )

  Lobak merah - sedikit 

Cili merah - sedikit

Daun ketumbar - sedikit

1/2 - Bawang besar

Sedikit - kapsikum

1- sudu makan Mayonis

1/2 - sudu kecil lada sulah

garam - secukup rasa

Di bawah ini gambar  Sayur telah dipotong . Lobak merah
 saya potong memanjang manakala tomato dan kapsikum 
kuning saya potong dadu, bawang , cili dan
 daun ketumbar saya hiris halus. 


Di bawah ini telur dan sayuran telah pun saya
 campurkan sekali .


Berikut , merujuk gambar di bawah Mayonis, lada sulah dan garam
secukup rasa telah  dicampurkan dengan bancuhan telur dan sayur .



Saya menggunakan Mayonis jenama dibawah. Mayonis
jenama lain pun ok... janji  dijamin halal dan bersih .


 Jika lihat di bawah, Campuran ini telah 
di kacau sekali.



Panaskan  minyak, setelah itu gorengkan telur dengan 
api sederhana . Semasa membalikkan telur haruslah
berhati- hati . Ini kerana , bila dicampurkan
Mayonis , ini akan lebih lembut dan 
mudah terkoyak.



Di bawah ini, telur telah siap di goreng. Gambar besar telur berwarna
kuning keemasan. Manakala gambar kecil ialah potongan telur serta 
kelihatan isi  telur dan sayuran di dalamnya.


Alhamdulillah telur dadar bersayur telah siap di goreng. Memasak 
telur ini adalah mudah dan cepat. Rasanya pun boleh tahan .

Sekian , Wassalam


Jumpa lagi di Blog

ACAR MENTAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, semoga sihat dan ceria , disamping menjalankan
 tugas-tugas harian .Setiap kali bila kita masak ....niatkan kerana Allah..
 insyaallah  ada pahala bagi kita . Itulah yang sering kali di ceritakan
 oleh ustaz dan ustazah , dalam ceramah berkenaan tanggung jawab
 pasangan dalam keluarga . Biarpun itu bukan tugas mutlak isteri untuk
 memasak,apatah lagi jika si suami berkemampuan. Tapi ketahuikah
 kita airtangan isteri@ ibu merupakan pengikat kasih antara suami 
isteri dan anak-anak. Hari ini saya ingin berkongsi resipi Acar
 Mentah. Bahan yang saya gunakan di sini cuka apple. Jika 
ingin mengetahui khasiat  cuka apple sila Klik di 
 SINI. Dibawah ini gambarnya Acar Mentah


Bahan - bahannya ;-

1 - Lobak Merah

2 - biji tomato

 1-  biji  cili  merah

1 - biji bawang besar

3 - sudu cuka makan

1 - sudu makan gula

1/2 - sudu makan garam 


Dibawah ini , gambar sayuran semua telah 
di hiris halus memanjang


Di bawah ini sayuran yang telah dihiris dimasukan 
ke dalam mangkuk dan di tambah gula dan
 garam secukup rasa .


Akhir sekali masukan cuka. Disini saya  masukan
cuka apple. Cuka lain juga boleh digunakan
mengikut kesukaan masing-masing. 



Akhirnya siap Acar mentah saya . Ia sedap di makan
bersama nasi dan pelbagai jenis lauk-pauk lain.
Boleh dikatakan ia penyeimbang dalam hidangan . 


Gambar acar  yang telah siap.  Dengan pelbagai warna 
dalam hidangan ini, membuatkan ia lebih menarik,
disamping berkhasiat dan mudah disediakan.


Sekian, wasaallam 


Jumpa lagi di Blog 


Selasa, April 26

Laksa Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ini saya nak berkongsi Resipi Laksa Utara ala -ala  sayalah...........
Saya tahu ramai yang mahir memasak Laksa utara ini . Tapi saya tetap
ingin berkongsi resipi. Berikut adalah gambar Laksa yang
Telah siap dimasak dan hanya menunggu untuk dimakan
 sahaja. Jika ingin mengetahui secara ringkas asal -usul
Laksa silalah anda membaca maklumat dengan
Klik di SINI.



Bahan - bahannya

1/2 - kilo ikan - sardin
( ikan kembong pun boleh juga
- pastikan ikan segar, kalau
tak segar kurang sedap ) 

1 kg  - laksa basah

2 - kuntum bunga kantan

2  - batang serai - diketuk2

Belacan - Sebesar ibu jari

5 - Asam keping

1 - ikat daun kesum

6 biji - Cili kering 
(  cili ada pelbagai jenis
- bagi memastikan , tidak
terlalu pedas , pilih jenis 
cili yang tidak terlalu
pedas  )

1/2 - senduk sederhana minyak
(untuk menumis)

Air - untuk merebus ikan
( kadar tenggelam ikan itu)


Methodelogi atau jalan kerja....Pertama ikan disiang dan mencuci bersih.
Seterusnya, Ikan  bersama asam keping direbus bersama sedikit garam
selama 6- 10 minit . Diatas ini gambar sayuran yang akan dimasukkan
 ke dalam campuran kuah laksa nanti . Disebelahnya pula
 gambarsebungkus laksa basah .


Gambar kecil diatas Cili kering dan belacan yang
dikisar halus. Cili kering hendaklah dipotong 
dan direndam dahulu ,bagi mudah dikisar.
 Di atas ini hasil bahan kisaran yang telah
siap dikisar halus.



Diatas ini gambar atas sekali ialah, ikan telahsiap direbus.
 Dibawahnya gambar ikan telah   diasingkan  dari 
 tulangnya.  Disebelahnya gambar isi ikan telah 
siap di ' blender ' bersama asam keping. Asam
 keping diblend sekali, bagi menggelakkan
pembaziran disamping menyedapkan
 kuah.


Berikut , di atas adalah proses memasak kuah laksa bermula.
Saya menggunakan minyak untuk menumis isi ikan dan 
bahan kisar ( cili & belacan ) . Tujuannya mempercepatkan
 tindakbalas  agar  mudah sebatinya cili dan isi ikan.
Seterusnya masukan,  minyak, isi ikan kisar , cili kisar
 dan belacan, serai, bunga kantan dan daun kesom .
Air rebusan ikan tadi masukkan juga ,jangan lupa
tapisakan agar ia  tidak bercampur dengan tulang
 ikan. Masak dengan api sederhana.


Gambar di atas,ialah kuah laksa sedang dalam proses memekat dan
 masak . Dalam situasi ini..bau harum ikan dan sayuran , seperti
 serai , bunga kantan dan  daun kesom........... ..pasti menusuk
 hidung. Jika terlalu pekat , tambahkan air sedikit demi sedikit. 
 Masukkan garam secukup rasa . Proses memasak kuah ini
 mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit.


Laksa yang telah siap dihidangkan ........ posisi
bagi gambar yang besar dan
posisi gambar yang kecil.


Cadangan Hiasan

Timun

Bawang besar

Cili Besar

Telur



Sekian , Wasalam


Jumpa lagi di Blog........



Isnin, April 25

PERIA MASAK CILI BERTELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah  nampaknya cuaca di Ipoh beransur-ansur seperti 
sediakala,,,tidah lah terlalu panas lagi. Hujan sudah mula
turun dan pokok-pokok semakin segar dengan limpahan air
 hujan. Apa khabar semua dan diharap semua gembira disamping
 keluarga. Kesibukan urusan harian tidak boleh dinafikan, tetap
 akan berjalan seperti biasa. Oklah hari in saya nak berkongsi
 resipi Peria Masak Cili Bertelur. Peria merupakan sayuran
 yang berasa pahit namun mempunyai pelbagai khasiat . 
Jika ingin mengetahui khasiatnya sila Klik di SINI.
Mari kita lihat bahan-bahan yang
 digunakan dalam resipi  ini


Bahan- Bahannya
                                                                         
Peria katak - 2 biji

Bawang Besar - 1 biji

Bawang putih - 1 biji

Serai - 1 batang 

Halia - 1/2 inci

Cili kering - 5 Biji ( bergantung jenis cili ada
                            yang jenis pedas, kurangkan )

Ikan bilis 15 ekor - saiz sederhana  

Serbuk kunyit - 1/2 sudu kecil ( untuk warna )

Asam jawa - 3 sudu makan pekat

Minyak -  1 senduk sederhana

Pati Santan  - 1/2 gelas kecil 
( seperti gambar di bawah)

Air - 1/2 cawan kecil 

Telur - 1 biji

Garam 

Gula


Bawah ini  Bahan - Bahan kisar

Bawang Besar

Bawang Putih

Serai

Cili kering

Ikan bilis

Halia

Di bawah ini Bahan - bahan ini telah di kisar


Di bawah , bahan kisar  telah di tambah
 1/2 sudu  serbuk kunyit , tujuanya 
agar kelihatan lebih menarik .



Di bawah ini  Kuali telah  di panaskan . Lalu masukkan 
Bahan kisar dan  asam jawa  serta kacau serata
seperti dalam gambar


Setelah , berbau wangi masukkan Peria dan
 kacau ratakan seperti gambar di bawah


Merujuk gambar di bawah ,  Tolakkan campuran peria
 ke tepi kuali. Masukkan telur ke dalam kuali dan
 kacau serata. Masak dengan api sederhana .


Masukkan pati santan , kacaukan serata santan
 dan bahan yang lainnya


 Dibawah ini  gambar bahan- bahan ini 
telah  di kacau serata. Pastikan 
Peria telah lembut.


Berikut merujuk  gambar di bawah sudah hampir siap,
 masukkan  air , garam, gula secukup rasa . Masakan ini
mengambil masa lebih kurang 15- 20 minit 


Alhamdulillah .... akhirnya siap .. masakan
 ini mudah sangat . Hasilnya rasa Pahit Peria 
tidak terasa sangat . ini kerana 
diseimbangkan dengan rasa
lemak santan, disamping 
masam manis rasa 
asam jawa .  

Sekian, Wassalam



Jumpa lagi di Blog