Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua.
Semoga sihat dan dalam lindungan Tuhan.Hari ini saya mahu berkongsi resipi masak kicap daging yang simple. Kicap merupakan bahan perasa makanan yang sinonim dengan kita orang timur. Kicap kaya dengan pelbagai Zat yang diperlukan badan, ini dapat dibuktikan dengan membaca dan klik di SINI . Jika berminat nak mengetahui proses pembuatannya sila klik di SINI . Di bawah ini Masak kicap yang dah siap .
Bahan-bahan:
500gm - Daging lembu dipotong nipis
( Rebus sehingga empuk )
1 batang - Kayu manis,
4 kuntum - bunga cengkih,
4 kuntum - buah pelaga
2 kuntum- bunga lawang
1/2 sudu makan - lada hitam kisar
2 biji - Kentang - potong 4
2 sudu besar - Kicap Masin
1 sudu besar - Kicap Manis ( agak-agak sesedap rasa)
1/2 -sudu besar sos tiram
Air - rebusan daging
Air - rebusan daging
Bahan kisar ;-
1 biji Bawang besar
2 - ulas bawang putih
2 inci - Halia
Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih, halia sehingga wangi dan pecah minyak. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan. Masukkan kayu manis dan rempah 3 serangkai lada hitam dan kentang. Saya masuk kentang cepat , supaya ia empok
Masukkan kicap pekat dan manis diikuti daging yang telah dipotong nipis.Kemudian kacau rata .
Tutup kuali dan masak sehingga kuah memekat dan sebati
bersamadaging dan kentang seperti gambar di bawah .
Guna api perlahan sahaja.
bersamadaging dan kentang seperti gambar di bawah .
Guna api perlahan sahaja.
Kalau nak berkuah tambahlah sikit
lagi air rebusan daging . Makan dengan nasi yang panas
. Takde lauk lain pun takpe . Masak lauk ini akan mengambil
masa lebih kurang 35 - 45 minit .
tips
***Jika ingin
pekatkan kuah masukan 1 sudu makan
tepung
jagung + air (bancuhan tepung jagung )
ke dalam kuah
kicap tadi.
Sekian ,
Wassalam