Rabu, April 20

TELUR MASAK SOS

Assalamualaikum  dan salam semua,


Apa khabar....semoga sihat dan ceria disamping keluarga.
Alhamdulilah....dapat lagi kita berkongsi resipi iaitu telur masak sos.
Penyediaannya sangat mudah dan cepat.
Kalau nak cepat boleh masak nie..



Berikut bahan2nya

Telur ayam - 2 biji

Kentang - 1 biji - potong 4

Bawang besar 1 biji - yang sederhana

Bawang putih  1 biji

Halia 1 cm


Sos tomato 2 senduk sederhana

Sos cili 1 senduk sederhana

Sos tiram    1/2 senduk sederhana

Sedikit air


 Cara-cara

Rebus telur ayam sehingga masak . Sejukkan dan kupas kulit telur dan ketepikan.

Tumis bawang besar , bawang putih dan halia. Seterusnya
 masukkan Sos tomato, sos cili dan sos tiram  serta sedikit air
supaya tidak terlalu pekat kuahnya. 
Masak guna api sederhana  saja.


Panaskan minyak gorengkan telur rebus dan kentang  seperti gambar 
di atas seterusnya ketepikan dahulu. Akhir sekali masukan kentang
 dan telur  yang telah di goreng tadi ke dalam  Sos tumisan  lalu kacau
 perlahan-lahan biar 5 minit .Seterusnya tutup api.
 Sedia untuk dihidangkan .


Sekian , wassalam


Jumpa lagi di Blog..... 


KURMA DAGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga semua dalam keadaan baik-baik hendaknya. Setiap hari 
kita sibuk dengan urusan harian masing-masing. Bagi  para ibu,
kadang-kadang dah tak ada idea nak masak apa... kadang kala 
saya juga bergitu .Oklah .... Hari nie saya nak berkongsi resipi
 daging  kambing masak kurma.


Bahan-bahan:

1 kg daging –  saya guna daging kambing

4 biji kentang - belah 4

1 paket rempah kurma

200ml santan

sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 

3 cawan air

garam / gula / perasa pilihan

limau 1 biji - perah air limau

Bahan tumisan :

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2cm halia

 jintan manis - 1/2 sudu makan

jintan putih - 1/2 sudu makan

buah pelaga - 3-4 biji

1 batang kulit kayu manis - 3cm

bunga cengkih - 3-4 biji

2 kuntum bunga lawang

Daun kari  - 3 pelepah 


Sayuran

Daun Ketumbar – 2 batang

3 biji cili hijau - belah 2

Cara:

1. Rebus daging  bersama rempah kurma sehingga lembut
 - rebus dengan api sederhana sehingga kuah pekat.
2.  Gunakan periuk lain -panaskan sedikit minyak dan
campurkan dengan sedikit minyak sapi
 / mentega / marjerin.
3. Tumis bahan tumisan dan daun kari hingga wangi .



4. Masukkan daging bersama kentang.
masak hingga kentang empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, 
cili hijau dan daun ketumbar.
6. Perlahankan api dan biar menggelegak seterusnya padam api. 



SELAMAT MENCUBA......


JUMPA LAGI DI BLOG


Khamis, April 14

MEE GORENG MAMAK

Assalamualaikum dan salam Rejab semua,

Semoga  semua sihat selalu  di Tahun 2016 ini .
Biar pun cuaca agak panas sekarang, namun diharap cuaca
 akan lebih sejuk selepas ini.Di harap kita
 semua dapat bersabar......Aamiin.


Oklah disini saya ingin berkongsi resipi mee mamak simple .....
 seperti gambar di atas ni..


Berikut bahan yang digunakan
  •  Mee kuning    - 1 bungkus   - cuci dan toskan
  •  Cili boh   - 3 sudu makan
  •  Tomato sos   -  3 sudu makan
  • . Cili sos    - 3 sudu makan
  •   Kicap masin     - 6 sudu besar
  •   Sos Tiram     -  4 sudu makan
  •  Tomato   - 1 biji ( dipotong kecil)
  • . Bawang Besar  - 1 biji
  • . Bawang putih  -  2 ulas
  •   Sotong   -  4  ekor 
  •  Telur  - 2 biji ( gred c -  pastikan telur dicuci bersih) 
  •  Sawi  - RM 1.00  - cuci & potong ( asingkan batang & daun)
  •  Minyak  - 5 sudu makan
  • Air  - 1 /2  gelas    
  •  Limau nipis   -  1 Biji ( ambil air limau) 
  •  Cucur udang - 1 biji
  •  Cili hijau besar  - 1 Biji  ( di potong nipis) 
   
 Sawi dicuci & di potong ( asingkan batang & daun)


Kupas bawang besar & bawang putih  , cuci 
serta racik seperti gambar diatas  


sotong yang setelah siap dipotong dan dicuci, kalau suka
 boleh masuk daging, ayam atau lain2.


masukkan minyak tumis bawang putih dan besar, batang sawi, sotong , 
masukan cili boh, kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili , kicap masin ,
 tomato yang telah dipotong kecil & masukkan sedikit air
 supaya tidak terlalu kering seperti gambar di atas .


setelah itu masukan mee kuning, kacau  ratakan mee 
 dan masuk daun sawi itu seperti gambar diatas.saya sengaja  lambat
 masukkan daun sawi , untuk elakkan ia menjadi terlalu layu. Jika anda 
suka tauge boleh tambah tauge. 

\
kemudian , tolakkan mee ke tepi kuali  seperti di dalam gambar.
 Pecahkan telur ayam dengan api yang sederhana. 
Setelah telur kelihatan seperti di gambar.
 Iaitu kering,kacaukan bersama mee tadi .
 Setelah mee serata dan matikan api .

Cadangan Hiasan.
Potong cucur udang , racik cili hijau besar dan tuangkan 
air perah limau nipis ke atas mee dan hidangkan 

..Wassalam  sekian...

Jumpa lagi di Blog.... 


Khamis, November 5

ROTI TELUR

Assalamualaikum  semua,

Apa khabar...semuga sihat dan ceria di sisi keluarga.. 
Hari ini saya nak berkongsi resipi Roti telur ....yang mudah.

  • Berikut Bahan2nya
  • .Roti (seperti di gambar)
  • .Telur 3 biji (gred B)
  •  Bawang Besar separuh
  •  Lada sulah
  •  Karot sedikit (diparut)
  •  Garam 2 sudu kecil

Saya guna 5 keping Roti Gardenia. Jenama lain pun ok...yang pasti halal.


Bahan2 , Telur,Bawang besar,Karot



Roti saya cadangkan potong dua....


Campuran telur,hirisan bawang,parutan karot,lada sulah dan garam.


Kacau bahan2 tadi.


Celupkan roti2 ini kedalam bancuhan diatas. Ratakan
 pada keseluruhan roti2 itu.


 Panaskan kuali dan gorengkan roti dengan api sederhana serta balik2
roti tersebut. Ini untuk mengelakkan dari hangit


Jangan terkejut ...jika minyak berbuih ini kerana kita menggoreng
 roti bertelur....memang berbuih.


Dah kekuning....boleh angkat dan toskan...


Cara mudah buat sos;
  Sos Cili  - 2 sudu
   Sos Tomato - 2 sudu
  Air Masak - 1 sudu
   Campurkan sekali.


Atas gambar roti dan sos yang dah siap...selamat mencuba...mudah jeee .

Sekian wassalam..


JUMPA LAGI DI BLOG

Sabtu, Oktober 3

SUP TULANG MERAH (BONE STEAK)


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,


Sup ini  dikatakan begitu popular di singapura, mengikut pembacaan
 sayalah dari blog2 masakan kekawan blogger . Tulang korban  hari raya 
Haji  masih ada lagi . Ok jadi saya ambil keputusan untuk mencuba
 resipi ini.. .. setelah mencuba resipi ini , memang sedap dan sedikit
 kelainan dari resipi yang saya biasa masak .... ini bukan bakul angkat
 sendiri  tau, kalau tak percaya boleh cuba resipi ini .

Bahan A

2kg tulang gearbox lembu/kambing

2 inci halia yang diketuk2

2 batang serai yang diketuk2

 1 labu bawang putih diketuk2


Bahan B
1 tin tomato puree 430gm

Sos cili -( mengikut sesedap rasa )

3 biji tomato masak belah 2

3 biji kentang dibelah 4

1 biji karot dipotong memanjang ( ikut suka)


Bahan tumisan C ( blendkan )

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

10 tangkai lada kering


2 sudu serbuk makan ketumbar

1 sudu serbuk kecil jintan putih

1 sudu serbuk kecil jintan manis

1 sudu serbuk lada hitam

rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis,

pelaga,cengkih,

& bunga lawang)

minyak untuk menumis

Garam secukup rasa.

**2 biji telur/ sedikit tepung jagung(bancuh + air)
-untuk memekatkan kuah



Cara-cara

Bahan A rebus sampai empuk. Masak guna dapur gas
 2-21/2 jam.Kalau guna Pressure cooker 30 mini aje...
bergantung kepada jenis pressure
 cooker tersebut . Setelah sejuk ,
buang lemak2 yang berlebihan .


Guna periuk yang lain , tumis , bahan C dan kentang
 dan karot hingga garing & bau wangi . Langkah berikut ,
 masukkan tomato puree, Cili sos & tomato  masak, tulang
 gear box dan air rebusan .Pecahkan telur 2 biji , kacau 
dengan garfu & masukkan  telur dalam kuah
 untuk memekatkan. Garam secukup rasa .

Renehkan sehingga memekat  seperti gambar di bawah.


 Jika suka ; taburkan daun sup, daun 
bawang & bawang goreng .

Sekian, wassalam



JUMPA LAGI DI BLOG...

Info resipi dari :
1.blog NMY blog
2.kak fida @my resipi.com
3.resipi Dapur Suzi
4.nonie2you.blogsport.my



Selasa, September 29

Ikan masak Tauchu

Assalamualaikum & Salam Zulhijah semua...

Hari ini saya nak berkongsi Resipi Ikan Masak Tauchu . 
Taucu adalah makanan yang dibuat daripada kacang soya 
(Glycine max) yang telah direbus, 
dihaluskan dan kemudian diperam.

Bahan2nya ;-

1. 3 keping isi Ikan Merah (ikan lain pun boleh )

2.  Cili hijau sebiji

3.  Cili padi merah 3 biji/ 1 cili kering

4.  Bawang Merah 2 biji

5.  Bawang Putih  1 biji

6. Bawang Besar - separuh

7   Halia 1/2 cm


8.  Pes Tauchu Opah 1 peket ( Jenama lain pun ok) 
  
9. Timun 1/3 & Tomato 1 biji ( untuk hiasan)

10. Pes Asam jawa 1 sudu makan

11. Garam sedikit & kunyit ( dilumur pada isi ikan sebelum digoreng)

12. Minyak  1 1/2 senduk sederhana untuk goreng isi ikan 

13. Air  2 gelas sederhana .

Cara2nya ;-
1.Isi ikan goreng sederhana garing seperti dalam gambar ( ketepikan )
2. Bawang merah, bawang putih halia- dimayang halus - (Bhn A)
3. Bawang besar potong nipis & Cili Hijau besar belah dua serta cili api .
 Manakala timun potong memanjang dan tomato potong 4 

.( Bahan B )
4. Tumis  Bahan A, sehingga naik bau & kekuningan
 dengan api sederhana.
5. Masukan pes tauchu & pes asam jawa , kemudian masukkan air 
&  bahan B, tutup tudung periuk selama 5 Minit.
6.Akhir sekali masukkan isi ikan dan tutup  periuk selama 3 minit .
Masak dengan api perlahan .

            Sekian.....selamat mencuba .. 




JUMPA LAGI DI BLOG...

Isnin, September 28

Kerabu Pucuk Betik

Assalamualaikum & Salam
 Aidul Adha...
tak terlambat lagi..Hari ini saya nak berkongsi resipi Kerabu Pucuk Betik. 
Pucuk betik banyak khasiatnya .Antaranya ialah :-


Khasiat Pucuk Betik yang mana mempunyai pelbagai
 nama dan khasiat seperti penawar

 deman malariamasalah darah tinggimemudahkan
pengeluaran sel darah.
klik di "SINI" untuk membaca lebih lanjut .

Bahan2nya:-

1. Pucuk Betik - 1 ikat -RM 2.00
 ( pucuk betik ni senang cari kat pasar )

2. Cili kering 6 biji

3. Belacan bakar 1 cm

4. Bawang besar 1 biji ( sederhana besar)

5.  1 batang bunga kantan

6.  1 batang serai

7.  1 sudu makan pes asam jawa/ air limau nipis

8.  1 Paket kerisik RM 1.50

9.  Garam & gula secukup rasa .



Cara2nya:-

1. Rebus pucuk betik hingga sedang2 empuk. Angkat 
& toskan serta potong sederhana halus .

2. Bunga kantan, bawang besar & serai di mayang halus
 dan satukan dalam satu bekas .

3. Cili kering dipotong2 & di buang biji serta rendan air panas
 5 minit .Toskan cili  tadi dan blend + belacan bakar
sehinga kedua sebati menjadi pes  .

4. Satukan potongan pucuk betik , serai, bunga kantan,bawang ,kerisik,
air asam , pes cili + belacan , gula & garam secukup rasa
 seperti gambar diatas .

Oklah sekian....bye


JUMPA LAGI DI BLOG

Jumaat, Ogos 28

Sambal tempoyak bilis

Assalamualaikum & salam sejahtera...semua

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Sambal tempoyak bilis.
Sambal tempoyak yang dimasak lebih sedap ... dan selamat disimpan 
dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan dalam peti sejuk .
Bila nak makan buka sahaja peti sejuk ...
Dibawah  ini sambal tempoyak bilis & ulam . 



Bahan  A 

1.  Tempoyak - 2 senduk

2.  Serai 1- batang diketuk2

3.  Daun kunyit - sehelai kecil

4.  Air  sikit

         
 Bahan B -kisar/blend kering

5.  Ikan bilis - segenggam

6.  Cili api - 10 biji ( boleh tukar cili kering jika suka)
- kalau suka pedas + lagi

7.  Kunyit hidup 1 cm


      Bahan C

8.   Garam secukup rasa

9.   Gula  (+ mengikut masamnya tempoyak)

10. Minyak - 2 sudu makan - untuk menumis



 Campur bahan A & bahan B ( kisar/ blend). 

 Tumis  bahan2   ini dengan 
api yang perlahan  dalam kuali  selama 10 minit .
 Akhirnya masukkan  garam
& gula secukup rasa . 


Kacau  sehingga sambal ini memekat seperti gambar di atas  .
Saya juga  telah membuat rujukan  masakan ini 
di Blog DAPUR TANPA SEMPADAN  dan anda juga boleh
 Klik di " SINIuntuk membaca .Terima kasih
  Blog DAPUR TANPA SEMPADAN 

Sekian...  




                                                   
   INSYAALLAH, JUMPA LAGI DI BLOG