Assalamualaikum & salam Merdeka !!!
Saya ingin berkongsi resipi Masak lemak timun tua & ikan masin...
Menu ini lama dah saya tak masak......ok, jom masak
Bawah ini Timun yang sudah tua, yang akan di gunakan
Bawah ini Timun yang dah di buang kulit & dipotong2
Bahan ( A ) :
1. Sebiji timun yang agak tua ( sederhana besar)
Bahan ( B )
2. Ikan masin duri 3 ekor yang kecil - ( rendam dulu - 10 minit- untuk kurangkan masin)
Bahan 2 ( C ) - kisar/tumbuk
3 Kunyit hidup 1 inci
4. Bawang besar sebiji ( sederhana besar)
5. Bawang Putih 2 biji
6. Cili api 5 biji ( Kalau suka pedas tambahkan lebih )
7. Serai - 1 batang, ketuk2 dan carik2kan
Bahan ( D )
8. Asam keping -2 keping kecil
9. 3 Sudu sederhana minyak masak
10 Daun kunyit 1 sehelai
11. Santan 1 kotak kecil ( guna santan kotak jee)
12. Garam secukup rasa
13. serbuk perasa
14. Air 2 cawan setengah .
Tumiskan bahan ( B ) & bahan ( C ) sehingga kekuningan
& naik bau wangi . Tumis dengan api perlahan jee...
Selepas itu masukkan 2 cawan setengah air , masukkan
santan kotak (saya guna kotak kecil) , daun kunyit
dan akhirnya masukkan timun & asam keping .
Biar api sederhana... selama 25 minit dan tutup periuk .
Akhirnya ... masukkan serbuk perasa & garam secukup rasa .
tutup api..... hidangkan seperti di atas .
JUMPA LAGI DI BLOG