Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua ? semoga sihat selalu...
disamping keluarga . Alhamdulillah hari ini sudah 25 Rejab 1437 .
Kelebihan Bulan Rejab bolehlah anda baca maklumatnya di SINI
Insyaallah tidak lama lagi bulan Syaaban akan menjelma . Bermakna
Ramadan tidak lama lagi akan bertandanglah.. iaitu bulan seribu
rahmat . Aamiin . Oklah Hari ini saya ingin berkongsi
resipi Sup Ikan Bersayur... resipi ini sangat
mudah dan berkhasiat tambahan
ia cepat dimasak .
Antara bahan yang digunakan ialah seperti di bawah
Ikan - Kepala / Ekor ( selalunya)
**** Rendam ikan dengan air asam/jus limau selama
10 minit untuk menghilangkan hanyir ikan***
10 minit untuk menghilangkan hanyir ikan***
Minyak sedikit - untuk menumis
Bahan (A) ;-
1- Biji Bawang Besar
3 - ulas Bawang Putih
1 cm - Halia
Bahan Kisar ( B) ;-
1- sudu kecil Biji Rempah
1- sudu kecil Jintan manis
1/2 - sudu kecil Jintan putih
1/2 - sudu kecil Lada hitam
1- batang Kulit kayu manis (sederhana)
2 - kuntum Bunga cengkih
2 - kuntum Buah pelaga
1 - kuntum Bunga Lawang
1 - kuntum Bunga Lawang
Bahan C
1 - Asam keping / 1- sudu Jus limau (opsyenal)
1- Kiub ikan bilis
Garam - secukup rasa
Di atas ini gambar atas , bahan A & B .
Diatas ini Karot dan Leak telah di potong.
Gambar di atas proses menumis A, setelah itu masukkan
bahan B sehinggalah berbau wangi dan seterusnya
masukkan air dan karot , karot dimasukkan
cepat agar mudah lembut. Masak
dengan api sederhana.
Akhir sekali masukkan Ikan, Leak , kiub ikan bilis
(asam keping / jus limau - opsyenal)
dan garam secukup rasa. Selalunya ikan
ini tidak dimasak terlalu lama.
Masak dengan api perlahan sahaja
selama 6 - 10 minit sahaja .
Siaplah Sup Ikan Bersayur simple saya.
Masakan ini mengambil masa
hanya 20 - 25 minit sahaja .
Selamat mencuba
Cadangan Hisan
Bawang goreng
Sekian , Wassalam