Sabtu, Ogos 26

29th SEA GAMES IN KUALA LUMPUR



 Assalamualaikum &  Hello , 

After 16 long years, the SEA Games is back in Malaysia and the nation is in high spirits! The 29th SEA Games, previously known as SEAP (South East Asian Peninsular) Games, is branded as Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) and will be the sixth time Malaysia has played host to the prestigious sporting event after last hosting the event in 2001.The figurine features the KL2017 Games mascot Rimau, inspired by the graceful and powerful Malayan Tiger.


                                                Image 1 : Rimau, games mascot 
The ceremony will begin with a flag parade of the 11 participating countries, followed by a parade of contingents and athletes as well as the raising of the SEA Games Federation and the KL2017 flags.Watch the best moments from the recent Kuala Lumpur 2017 Opening Ceremony!

                    Video 1 :   Open Ceremony 29th SEA Games in KL 
 
The Kuala Lumpur SEA Games medal are made of pewter and composite wood. The design of the medal have a clean yet classical touch. Weighing about 140 grams each, the gold and bronze medals are coated with gold and copper respectively. Medals made by KL Southeast Asian Games's Official Medal Partner, Royal Selangor. In term of design and materials, the KL SEA Games medal are chosen to reflect the characteristics of Malaysia.


                                         Image 2 :  29th SEA Games Medal

In August, the Torch Run will be completing the last few legs of its journey by going through Selangor from 31 July until 5 August, and Putrajaya from 6 to 12 August, later on ending in the host city, Kuala Lumpur.
 
OBJECTIVES OF THE RISING TOGETHER - BATON RUN
  • To promote the Kuala Lumpur 2017 (29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games) among the participating Southeast Asia countries;
  • To create awareness about Kuala Lumpur 2017 among the citizens of Southeast Asia;
  • To spark excitement and celebration leading up to the SEA Games and the ASEAN Para Games;
  • To promote a healthy lifestyle and sporting culture in the region; and
  • To reflect the spirit of togetherness and unity among the people of the Southeast Asia through sports.


                                     Image 3 : 29th SEA Games Baton run in Malaysia

Congratulations to Malaysia for hosting what has been by far, the best and most successful SEA Games opening ceremony. I'm extremely proud of my country, Malaysia

Ok, bye...

Isnin, Jun 26

SELAMAT AIDUL FITRI

Assalamualaikum & Salam Syawal semua............

Lama rasanya saya tidak menulis.. Ini kerana saya yang sentiasa kesibukan dan tak berapa ada idea...
Di Syawal yang mulia ini semoga kita semua semua dalam rahmatNYA... Amiin.
Raya  tetap raya ....amalan pemakanan yang teratur dan tersusun  dari bulan Ramadan tempoh hari ,semoga dapat diteruskan dan diamalkan. Bagi yang berada janganlah lupa pada yang kurang bernasib baik. Amalan bersedekah  dan ziarah menziarahi amalan terpuji...   


Wassalam, Jumpa lagi

🌙🌟


Khamis, Januari 5

Cekodok Pisang






8 biji pisang emas atau  pisang yang lain pun ok juga.
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 camca besar gula perang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng








Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak meresap. 

Selamat mencuba , Wassalam
Jumpa lagi



Sabtu, Disember 31

Cara Berlauk



Bahan bahan :
a) Adunan Tepung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning




Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati / blend je.

b) Lauk dan  eksesori:
200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang (terpulang ikut jenama yg disukai)
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis



Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Cadangan hiasan : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.


Sekian ,Terima kasih 


Selamat mencuba


Jumpa lagi


Isnin, Disember 26

SELAMAT TAHUN BARU 2017





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Masa  yang berlalu telah menjadi sejarah
Hari ini, adalah goresan peristiwa
Hari esok akan menjadi harapan
Selamat datang Tahun 2017
Seiring perginya bersama-sama  kenangan lalu
Datangnya menyambut segala harapan yang baru

Harapanku tercurah ditahun yang baru
begitupun harapanku untuk dunia dan keamanan
Selamat tahun baru 2017

Esok adalah halaman kosong pertama dari buku 365 halaman.
Tulislah kisah yang indah dalam kalendar memori.
Happy New Year

Setiap momen dalam hari-hari kita mempunyai maknanya yang tersendiri
pagi hari membawa harapan
siang hari mengusung keyakinan
dan malam  pula bermakna impian
semoga semua itu kita miliki ditahun yang baru ini
Happy New Year 2017

Wassalam.....



- Sarisufi-

Ahad, Jun 5

RAMADAN AL MUBARAQ DATANG LAGI... ALHAMULILLAH

Assalamualaikum wrkt...

Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq semua..semoga pada Ramadan kali ini  kita semua
dapat meraih pahala dan keberkatan berlipat kali ganda .






Diharapkan masih  ada .........







Setiap kita insan yang punyai pelbagai nostalgia.........







Aamiin, Aamiin yarobal alamain .





Wassalam, Salam  Ramadan Al Mubaraq semua..


Jumaat, Jun 3

Tauhu Telur Bersayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya doakan semoga semua sihat dan ceria di samping keluarga.
Di sini saya ucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq, 
yang akan menjelma satu dua hari lagi...Insyaallah. Hari ini saya    
ingin berkongsi resipi Tauhu telur bersayur  yang berkhasiat . Cara 
pembuatan  Tauhu  telur boleh di baca di  SINI. Tauhu telur
juga boleh di beli di kedai. Di bawah ini
Tauhu Telur Bersayur yang telah siap
dimasak dan dihidangkan.







Bahan - bahannya

Bawang  putih - 2 ulas (hiris) 

Tauhu Telur - 2 paket

Petola ular - 1/2 batang (potong bulat menyerong )

karot - 1/2 batang (potong bulat )

Cendawan butang - 3 biji ( hiris )

Telur  - 1 biji (ambil putih saja )

Kiub ikan bilis -  1

Tepung jagung - 1/2 sudu makan (bancuh dengan air)

Sedikit minyak untuk menumis







Tauhu telur saya potong dan gorengkan. Goreng dengan api sederhana
hingga kekuningan dan angkat dan toskan. Lalu ketepikan ia dulu.








Cara - caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang putih,setelah iti masukkan karot.
setelah agak lembut karot masukkan petola ular, cendawan dan air.
 Masak dengan api sederhana sahaja. Seterusnya masukkan kiub 
ikan bilis dan putih telur . Semasa masukkan putih telur itu .
Kacau  kuah itu ikut pusingan lawan jam . Akhirnya
masukan bancuhan tepung jagung tadi  dan padam
api masukkan Tauhu telur yang telah digoreng
itu . Saya tidak masukkan garam ini kerana
kiub ikan bilis tadi telah memasinkan 
kuah ini . Kalau nak tambah garam
tambah sikit sahaja ....ok  


.





Akhirnya siap hidangan ini . Selamat mencuba semua.








Akhirnya juadah ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan .
Selamat Berpuasa dan beribadah ..Aamiin. 





Khamis, Jun 2

Kuehtiau Kerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Kuehtiau Kerang
 ala-ala sayalah.Saya suka letak banyak sayur di dalamnya.
Banyak sayur ,bagus untuk penghadaman perut kita . Di bawah ini
 Kuehtiau Kerang telah siap dimasak dan siap dihidangkan .





Berikut bahan-bahannya

Bawang Merah - 2 biji - hiris

Bawang putih -  1 biji -hiris

  Kuehtiau -1 paket ( basuh -toskan )

Sawi -   RM 2.00 (- Cuci , potong, asingkan batang dan daun)

Tomato - 1 biji (saiz sederhana -di potong dadu )

Tauge - RM 1.00

Isi Kerang - 100 Gram ( Lebih kurang)

Telur - 2 biji

Air - ( ditambah jika perlu ) 


Bahan perasa

Kicap masin - (  mengikut keperluan )

Sos Sotong - 2 sudu makan

Sos Tiram - 4 sudu  makan

Cili boh  - 1 sudu makan






Cara- caranya

Lihat gambar dibawah mengikut arah  jam.Tumis bawang
 merah & bawang putih , batang sawi ,  cili boh dan biar lembut
 batang sawi itu. Setelah itu tolakkan ia ketepi  dan pecahkan
 telur sehinga ia mengering . Setelah kering
Kacaukan sekali dengan sayur dan 
bahan tumisan lain. Guna api 
sederhana je ..ye.







Gambar di bawah dilihat ikut arah jam,
Masukkan kicap,sos tiram, sos sotong  daun sawi , air
  dan kerang  kacau sehingga sebati 







Akhirnya masukan kuehtiau dan tauge lalu dikacau
sehinga sebati dan rata.






Di bawah ini kuehtiau kerang telah sedia untuk
dihidangkan .Selamat menjamu selera ye.
Masakan ini mengambil masa lebih
kurang 25- 30 minit saja.








Sekian , wassalam ,bye...






Jumpa lagi di Blog


Isnin, Mei 30

MASAK LEMAK PERUT BERTERUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Apa khabar semua... tidak lama lagi Bulan penuh barakah iaitu Ramadan Al Mubarak 
Ramadan Al Mubaraq akan menjelma..Alhamdulilah...Maka akan 
bermulalah  rutin puasa dan pelbagai lagi  ibadah kita bagi umat Islam. 
Di masa  inilah peluang  mengumpul pahala berganda. Insyaallah  semoga
Allah  memberi kekuatan dan  azam  untuk beramal ibadah pada tahun ini . 
Oklah  seterusnya  hari ini saya ingin berkongsi  resipi Masak Lemak
 Perut Lembu Berterung  sepeti gambar di bawah ini.  Maaf ye . .kali
 ini saya tidak  memasukkan  gambar atur cara memasak. 
Ini kerana  cara masak ini sama seperti lebih kurang
 masak lemak   ikan masin timun  yang telah
 saya catatkan dahulu .Boleh baca di SINI








Bahan - bahannya (A) kisar :

 Bawang merah - 5 biji

Bawang putih - 2 biji

Halia - 1 cm

Lengkuas - 1cm

Isi Kunyit - 1 cm

Cili Api/burung - 6 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)



Bahan B

Perut lembu  300 gram ( cuci , potong dan rendam dengan air panas & 
 sedikit garam  20 minit) 

Terung bulat 3 biji - potong 4

Pati Santan  - 1 kotak sederhana

Daun kunyit - 1 helai

Asam keping 3 keping

Serai - 1 batang ( ketuk- ketuk )


Garam / Gula/Serbuk perasa secukup rasa

Sedkit air  ( tambah mengikut keperluan)

Sedikit Minyak untuk menumis


Cara Masak

 Panaskan minyak, kemudian tumis bahan A hingga garing dan wangi.
 Masak guna api sederhana saja.

Seterusnya Masukkan serai, terung, air, daun kunyit, asam keping dan
 biar mengelegak.

Seterusnya setelah terung agak lembut ,lalu masukkan  perut lembu, santan
 dan masak dengan api yang perlahan.

Akhir sekali , masukkan garam /gula/ serbuk perasa
secukup rasa.







Masak lemak  perut lembu  berterung  masih dalam periuk .







Diatas ini gambar masak lemak perut berterung dari pemandangan 
gambar kecil dan besar. Masak kan ini mengambil masa antara
35- 45 minit .






Selamat berpuasa dan beramal ibadah...di bulan Ramadan tahun ini

Wassalam

Sekian , jumpa lagi di Blog



Sabtu, Mei 14

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di mana pun berada...





Selamat Hari guru kepada guru-guru saya di Sek keb Bruas Perak,
Sek  Keb Kg Pasir Puteh Ipoh,  Sek Men Munshi Abdullah
 Sabak Bernam , Sek Men Raja Perempuan Ipoh , ILTI IPOH
 dan OUM Ipoh Perak.

Jasa Mu Tetap di Kenang.... Terima Kasih Cikgu...





Wassalam..........

SELAMAT HARI JURURAWAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SELAMAT HARI JURURAWAT KEPADA SEMUA JURURAWAT ..
SEMOGA JASA ANDA MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT 



Khasnya kepada jururawat Hospital  Raja Permaisuri Bainon  Ipoh Wad Kanser dan  Hospital Besar Kuala Lumpur Wad kanser . Ini kerana memberi layanan yang baik dan sempurna kepada Ibu dan Makcik saya  sehingga meraka  semakin sembuh dari tarikh 2011 hingga kini .


Wassallam........


Khamis, Mei 12

MASAK LEMAK NENAS IKAN MASIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua , semoga semuanya sihat dan tentunya sedang 
 sibuk dengan urusan seharian dan keluarga. Menu Masak Lemak Ikan
 Masin akan saya kongsikan disini .  Oklah..Nenas seperti yang kita 
semua  maklum adalah buah yang sekarang  ini telah berlaku banyak
inovasi  ke atasnya dari segi rasa . Ini adalah hasil usaha
Kajian Jabatan Pertanian. Dari segi rasa , Nenas
 sekarang bertambah manis dan enak. Disamping
 itu khasiatnya tidak lagi boleh dinafikan.
Anda boleh membacanya di SINI 






Di atas ini gambar Masak Lemak  nenas yang sudah siap dihidangkan





Bahan-bahannya A ( kisar ) :-

8  biji Cili kering - potong & rendam air panas

4 biji Bawang merah

2 biji Bawang putih

1cm - Halia

1cm - kunyit hidup 


Bahan B


Sedikit minyak untuk menumis 

Serai - ketuk & carik-carikan

2 - Asam Keping ( opsyenal )

2 - Daun limau purut (opsyenal)

 1 kotak  kecil  - Pati Santan 

Garam

Gula / Serbuk perasa





Bahan C 

1/2 biji  -Nenas Madu - saya potong seperti dalam
gambar diatas .  Anda juga boleh potong ikut kesukaan
 anda. Saya guna nenas madu , tak masam pun

1-  ekor Ikan masin - (saiz sederhana )
saya potong kecik saya  guna ikan duri 





Cara-cara;-

Tumis ikan masin, serai dan bahan A sehingga bau wangi
masak dengan api perlahan aje...Kemudian masukkan
 nenas, nanti ia akan mengeluarkan air.






Selepas masukkan nenas, masukkan  pati santan , daun limau,
asam keping, masak guna api perlahan aje .Tambah garam , 
gula /serbuk perasa secukup rasa.






Masak Lemak Ikan Masin saya dah siap, tapi masih
 dalam periuk lagi . Saya mengambil masa 40 minit 
untuk menyiapkan masakan ini. Ini kerana masak 
 dengan api perlahan  aje...untuk mengelakkan
santannya dari pecah minyak . 






Gambar Masak Lemak dalam 2 posisi yang berbeza.
Selamat mencuba ....





Selamat menjamu selera...

Sekian, Wassallam




Jumpa lagi di Blog...


Tip

Kalau guna nenas biasa renehkan dulu, buang 
separuh air kerana ia masam.