Khamis, Disember 24

Penggunaan Rempah Ratus dalam kehidupan seharian kita dan Khasiatnya .

Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan. Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai penyedap masakan dan penambah aroma hidangan.

Sabtu, Disember 19

Resipi Masak Daging Berterung bersantan

 Assalamualikum dan Salam sejahtera semua. Saya doakan semua sahabat dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga . Disini saya ingin berkongsi resipi masak Daging berterung bersantan.

Resipi ini mudah disedikan dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi  . Dibawah ini gambar sajian yang telah siap dimasak .



Baiklah tanpa berlengah-lengah lagi mari kita lihat ramuan yang diperlukan  seperti gambar di bawah. Ini ramuan  untuk menyediakan juadah ini .

Bahan-bahannya :

1. Bawang Merah 2 ulas 

2. Bawang Putih  2 ulas

3. 1 cm  halia

4. 1 cm lengkus

5.  1 Buah Keras   

6.  3 Tangkai Cili Kering

7.  1 Sudu kecil  ketumbar

8.  1 Sudu kecil jintan manis

9.  1 Batang serai

10.   2 Helai daun purut 

11  2 keping Asam keping

12. 2 Helai Daun Kunyit 

13  Sedikit minyak masak Untuk menumis dan mengoreng terung

14 Air untuk ditambah sebagai kuah - bergantung kepada kepekatan yang Anda suka . 



Berikut Bahan utamanya mestilah Terung . Disini saya gunakan 7 biji  terung  unggu yang panjang  . Selain terung ini , terung yang lain juga  boleh digunakan  , terpulang kesukaan masing-masing .

                                              
                                                                         Terung

Dibawah 👇 ini terung yang telah saya potong dan goreng sehingga lembut . 




Selepas itu antara bahan utama ialah Daging 5 gram yang telah  saya rebus sehingga empuk  seperti gambar di bawah                                                        👇.
                                                                          Daging Rebus

Dibawah ini  saya gunakan santan sebuk kerana saya ada santan serbuk sahaja . Anda juga boleh gunakan santan kotak atau santan segar . Selain  itu saya gunakan kerisik  1 bungkus kecil  .

                                                              Santan Serbuk dan Kerisik 

Cara-cara memasak :

 Gambar 1
 Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Kering , Jintan manis , Ketumbar , Buah Keras , Serai , halia , lengkus  saya tumbuk  seperti gambar no 1 di bawah 👇 ini  .  Saya tumbuk tidak terlalu halus , Jika  anda suka bahan ini  halus, maka boleh ditumbuk  sehingga halus terpulang kepada kesukaaan  masing-masing  ye...  Saya cadangkan masak masakan ini gunakan api sederhana sahaja .   Tempoh masak masakan ini lebih kurang 20 Minit .

Gambar 2
Panaskan kuali dan masukkan  sedikit minyak , setelah panas minyak masukkan bahan yang telah ditumbuk seperti gambar no. 1.  Maaf  lah ye..... minta sahabat semua  jangan terganggu dengan kuali saya agak hitam itu, maklumlah kuali lama... kuali antik 😎😆 

Gambar 3
Tumiskan bahan ini sehingga naik bau seperti gambar no 3 di bawah 👇 ini .  Jangan lupa kacau selalu 



Gambar 1
Seterusnya , masukan bancuhan santan   dan kerisik .

Gambar 2
 Seterusnya masukan daging yang telah direbus  empuk

Gambar 3
 Seterusnya masukan daun limau purut , asam keping , daun kunyit biarkan sehingga 5 minit. Jika ingin berkuah tambahkan air sedikit demi sedikit .  Air ditambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kuah ini menjadi cair , kalau cair sangan nanti kurang " KICK"
 
Gambar 4
Masukkan Terung yang telah digoreng , garam secukup rasa . Pastikan sudah seimbang semua rasa , masin, masamnya. Masakan ini saya tidak masukkan gula kerana saya telah masukkan jintan manis pada tumisan diawal tadi , yang mana fungsinya memberi rasa manis dalam masakan ini. Setelah seimbang kesemua rasa,  barulah dipadamkan apinya .  


Akhirnya , siap juadah ini,  seperti gambar dibawah. Gambar diambil dari dua posisi yang berbeza 😄 Di blog ini saya banyak mengunakan rempah ratus  ye... bersesuaianlah dengan tajuk penerangan dikepala blog  diatas Rempah dan Herba ....Selamat mencuba semua ..bye ..



Ahad, Disember 13

Hilang yang tak mungkin akan berganti.................

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan semua yang membaca nukilan rasa saya ini dalam keadaan sihat , dirahmati Allah dan berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan .Aamiin. 

Agak lama saya tidak menulis dan menupload   sebarang konten dalam ruangan blog  ini . Ini disebabkan saya  agak sibuk menjaga Emak saya yang sakit . Emak saya menderitai sakit kanser usus (Colon Cancer. Selama 6 tahun Emak menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi bermula dari akhir tahun 2011  sehingga  Okt 2018 . 

Pada peringkat awal doktor mengatakan ada tumor dalam usus Emak . Namun setelah setahun berulang - alik ke hospital membuat pemeriksaan akhirnya doktor mengdianosis Emak mengidap kanser usus tahap 2. Kanser usus biasanya akan dirawat mengikut tahap, dan Emak telah menjalani pembedahan untuk dibuang bahagian di mana kanser itu terbentuk. Rawatan lanjutan seperti kimoterapi serta radioterapi telah Emak  jalani selepas pembedahan, namun ianya amat bergantung pada tahap kesihatan Emak juga . Jika tahap kesihatan Emak tidak mengizinkan seperti demam dsb maka kaedah rawatan lanjutan ini tidak  dilakukan dan ditangguhkan ke masa yang lain. 

Ada kawan-kawan dan Saudara menyarankan Emak mengambil herba pelengkap yang tinggi zat anti kanser  untuk menghalang saki baki sel daripada terus merebak ke kawasan lain, ini kerana selain merawat, ianya juga mampu melindungi bahagian normal yang masih belum terkena serangan. 

Namun kita hanya mampu berusaha tapi akhirnya Allah yang menentukan.  Pada akhirnya  setelah 6 tahun  Emak berjuang melawan penyakit kanser itu saya dan keluarga telah menerima berita amat memilukan , doktor telah mengesahkan  hati, paru-paru dan juga lapisan rongga perut Emak telah telah dijangkiti  kanser mencapai tahap 4 . 

                                
                     Arwah Emak (  Allahyarhamah Hajjah Ramlah binti Hj Mat Din ) 

Mengikut dari bacaan saya Kanser Usus adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia. Seramai 1400 rakyat Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Kanser Usus boleh berlaku di kalangan orang dewasa pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kanser ini jarang berlaku bagi lingkungan umur kurang 50 tahun dan lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.

Punca kanser Usus masih tidak di ketahui tetapi banyak kanser perut dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab kanser) dalam diet ataupun pemakanan seharian. Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan, dijeruk dan dimasinkan) juga dikatakan antara penyebab utama dalam terjadinya kanser usus ini. Saya berharap semoga kita semua dilindungi dari penyakit ini.

                                
                                        Contoh Tumor yang wujud didinding Usus

Dari bacaan saya juga kebanyakkan kanser usus bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benign) yang wujud pada dinding usus, ketumbuhan ini dikenali dengan panggilan polip denomatousSesetengah polip ini boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari masa ke masa jika mereka tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi - prosedur yang melihat lapisan dalam usus. Jika tidak dikeluarkan, sel-sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar ini akan menceroboh dan merosakkan tisu yang sihat yang terdapat berhampiran tumor utama, menyebabkan akan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini. 

Akhirnya teman-teman , Allah lebih menyangi  Emak dan  Emak  telah kembali kerahmatullah  pada 30 Oktober 2018 lebih kurang pukul 2.30 petang . Perasaan sedih dan pilu menyelubungi perasaan saya  dan seluruh keluarga kerana Emak yang mengandungkan saya selama 10 bulan telah kembali kepada Penciptanya . Maka tidak dapat  saya memeluk Emak dan mencium tangan Emak lagi .  

Mohon semua yang membaca blog ini mendoakan semoga Arwah EMAK (Hajjah Ramlah Binti Hj Mat Din ) diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta dimasukan ke JANNAH .  Al Fatihah , Amiin , ya Robal Alamin. 
  

Isnin, Ogos 28

HARI KEBANGSAAN 2017



Assalamualaikum  dan Salam sejahtera semua,
Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 60 tahun semua....

Negaraku Sehati Sejiwa begitulah bunyinya tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2017. Pemilihan tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan yang akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Logo Negaraku Sehati Sejiwa  seperti di bawah ini pula merupakan logo rasmi yang akan digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara tahun ini.

                                Gambar 1 : Logo  Resmi Hari Kemerdekaan 2017
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.

MERDEKA, MERDEKA, MEDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA laungan keramat ini telah diulang sebanyak 7 kali oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj  iaitu Bapa Kemerdekaan Malaysia semasa peristiwa sambutan Kemerdekaan Negara yang pertama .

Sambutan Kemerdekaan ini akan acapkali  disambut besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas,  pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun  .


                                    Gambar 2  :   60 Tahun Merdeka 2017
Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun!
Pada tahun 2017 ini Ambang Merdeka akan berlangsung di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 29, 2017 Kuala Lumpur.


                                           Video 1 : Lagu Negaraku Sehati Sejiwa

Terima kasih kepada PEMIMPIN-PEMIMPIN dan PEJUANG-PEJUANG NEGARA yang terdahulu dan yang sekarang kerana KEMERDEKAAN ini yang mana, tak ternilai harganya bagi setiap  kita warga Malaysia " Jasamu tetap dikenang " .
Semoga Kemerdekaan Negara ini berkekalan selamanya bersama pembangunan dan disulami keharmonian, perpaduan dan kemajuan seimbang dari segi spiritual dan fizikal  .Amiin,Amiin.


 MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Wassalam,
Jumpa lagi....


Sabtu, Ogos 26

29th SEA GAMES IN KUALA LUMPUR



 Assalamualaikum &  Hello , 

After 16 long years, the SEA Games is back in Malaysia and the nation is in high spirits! The 29th SEA Games, previously known as SEAP (South East Asian Peninsular) Games, is branded as Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) and will be the sixth time Malaysia has played host to the prestigious sporting event after last hosting the event in 2001.The figurine features the KL2017 Games mascot Rimau, inspired by the graceful and powerful Malayan Tiger.


                                                Image 1 : Rimau, games mascot 
The ceremony will begin with a flag parade of the 11 participating countries, followed by a parade of contingents and athletes as well as the raising of the SEA Games Federation and the KL2017 flags.Watch the best moments from the recent Kuala Lumpur 2017 Opening Ceremony!

                    Video 1 :   Open Ceremony 29th SEA Games in KL 
 
The Kuala Lumpur SEA Games medal are made of pewter and composite wood. The design of the medal have a clean yet classical touch. Weighing about 140 grams each, the gold and bronze medals are coated with gold and copper respectively. Medals made by KL Southeast Asian Games's Official Medal Partner, Royal Selangor. In term of design and materials, the KL SEA Games medal are chosen to reflect the characteristics of Malaysia.


                                         Image 2 :  29th SEA Games Medal

In August, the Torch Run will be completing the last few legs of its journey by going through Selangor from 31 July until 5 August, and Putrajaya from 6 to 12 August, later on ending in the host city, Kuala Lumpur.
 
OBJECTIVES OF THE RISING TOGETHER - BATON RUN
  • To promote the Kuala Lumpur 2017 (29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games) among the participating Southeast Asia countries;
  • To create awareness about Kuala Lumpur 2017 among the citizens of Southeast Asia;
  • To spark excitement and celebration leading up to the SEA Games and the ASEAN Para Games;
  • To promote a healthy lifestyle and sporting culture in the region; and
  • To reflect the spirit of togetherness and unity among the people of the Southeast Asia through sports.


                                     Image 3 : 29th SEA Games Baton run in Malaysia

Congratulations to Malaysia for hosting what has been by far, the best and most successful SEA Games opening ceremony. I'm extremely proud of my country, Malaysia

Ok, bye...

Isnin, Jun 26

SELAMAT AIDUL FITRI

Assalamualaikum & Salam Syawal semua............

Lama rasanya saya tidak menulis.. Ini kerana saya yang sentiasa kesibukan dan tak berapa ada idea...
Di Syawal yang mulia ini semoga kita semua semua dalam rahmatNYA... Amiin.
Raya  tetap raya ....amalan pemakanan yang teratur dan tersusun  dari bulan Ramadan tempoh hari ,semoga dapat diteruskan dan diamalkan. Bagi yang berada janganlah lupa pada yang kurang bernasib baik. Amalan bersedekah  dan ziarah menziarahi amalan terpuji...   


Wassalam, Jumpa lagi

🌙🌟


Khamis, Januari 5

Cekodok Pisang






8 biji pisang emas atau  pisang yang lain pun ok juga.
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 camca besar gula perang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng








Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak meresap. 

Selamat mencuba , Wassalam
Jumpa lagi



Sabtu, Disember 31

Cara Berlauk



Bahan bahan :
a) Adunan Tepung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning




Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati / blend je.

b) Lauk dan  eksesori:
200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang (terpulang ikut jenama yg disukai)
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis



Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Cadangan hiasan : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.


Sekian ,Terima kasih 


Selamat mencuba


Jumpa lagi


Isnin, Disember 26

SELAMAT TAHUN BARU 2017





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Masa  yang berlalu telah menjadi sejarah
Hari ini, adalah goresan peristiwa
Hari esok akan menjadi harapan
Selamat datang Tahun 2017
Seiring perginya bersama-sama  kenangan lalu
Datangnya menyambut segala harapan yang baru

Harapanku tercurah ditahun yang baru
begitupun harapanku untuk dunia dan keamanan
Selamat tahun baru 2017

Esok adalah halaman kosong pertama dari buku 365 halaman.
Tulislah kisah yang indah dalam kalendar memori.
Happy New Year

Setiap momen dalam hari-hari kita mempunyai maknanya yang tersendiri
pagi hari membawa harapan
siang hari mengusung keyakinan
dan malam  pula bermakna impian
semoga semua itu kita miliki ditahun yang baru ini
Happy New Year 2017

Wassalam.....



- Sarisufi-

Ahad, Jun 5

RAMADAN AL MUBARAQ DATANG LAGI... ALHAMULILLAH

Assalamualaikum wrkt...

Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq semua..semoga pada Ramadan kali ini  kita semua
dapat meraih pahala dan keberkatan berlipat kali ganda .






Diharapkan masih  ada .........







Setiap kita insan yang punyai pelbagai nostalgia.........







Aamiin, Aamiin yarobal alamain .





Wassalam, Salam  Ramadan Al Mubaraq semua..


Jumaat, Jun 3

Tauhu Telur Bersayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya doakan semoga semua sihat dan ceria di samping keluarga.
Di sini saya ucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubaraq, 
yang akan menjelma satu dua hari lagi...Insyaallah. Hari ini saya    
ingin berkongsi resipi Tauhu telur bersayur  yang berkhasiat . Cara 
pembuatan  Tauhu  telur boleh di baca di  SINI. Tauhu telur
juga boleh di beli di kedai. Di bawah ini
Tauhu Telur Bersayur yang telah siap
dimasak dan dihidangkan.







Bahan - bahannya

Bawang  putih - 2 ulas (hiris) 

Tauhu Telur - 2 paket

Petola ular - 1/2 batang (potong bulat menyerong )

karot - 1/2 batang (potong bulat )

Cendawan butang - 3 biji ( hiris )

Telur  - 1 biji (ambil putih saja )

Kiub ikan bilis -  1

Tepung jagung - 1/2 sudu makan (bancuh dengan air)

Sedikit minyak untuk menumis







Tauhu telur saya potong dan gorengkan. Goreng dengan api sederhana
hingga kekuningan dan angkat dan toskan. Lalu ketepikan ia dulu.








Cara - caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang putih,setelah iti masukkan karot.
setelah agak lembut karot masukkan petola ular, cendawan dan air.
 Masak dengan api sederhana sahaja. Seterusnya masukkan kiub 
ikan bilis dan putih telur . Semasa masukkan putih telur itu .
Kacau  kuah itu ikut pusingan lawan jam . Akhirnya
masukan bancuhan tepung jagung tadi  dan padam
api masukkan Tauhu telur yang telah digoreng
itu . Saya tidak masukkan garam ini kerana
kiub ikan bilis tadi telah memasinkan 
kuah ini . Kalau nak tambah garam
tambah sikit sahaja ....ok  


.





Akhirnya siap hidangan ini . Selamat mencuba semua.








Akhirnya juadah ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan .
Selamat Berpuasa dan beribadah ..Aamiin. 





Khamis, Jun 2

Kuehtiau Kerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Kuehtiau Kerang
 ala-ala sayalah.Saya suka letak banyak sayur di dalamnya.
Banyak sayur ,bagus untuk penghadaman perut kita . Di bawah ini
 Kuehtiau Kerang telah siap dimasak dan siap dihidangkan .





Berikut bahan-bahannya

Bawang Merah - 2 biji - hiris

Bawang putih -  1 biji -hiris

  Kuehtiau -1 paket ( basuh -toskan )

Sawi -   RM 2.00 (- Cuci , potong, asingkan batang dan daun)

Tomato - 1 biji (saiz sederhana -di potong dadu )

Tauge - RM 1.00

Isi Kerang - 100 Gram ( Lebih kurang)

Telur - 2 biji

Air - ( ditambah jika perlu ) 


Bahan perasa

Kicap masin - (  mengikut keperluan )

Sos Sotong - 2 sudu makan

Sos Tiram - 4 sudu  makan

Cili boh  - 1 sudu makan






Cara- caranya

Lihat gambar dibawah mengikut arah  jam.Tumis bawang
 merah & bawang putih , batang sawi ,  cili boh dan biar lembut
 batang sawi itu. Setelah itu tolakkan ia ketepi  dan pecahkan
 telur sehinga ia mengering . Setelah kering
Kacaukan sekali dengan sayur dan 
bahan tumisan lain. Guna api 
sederhana je ..ye.







Gambar di bawah dilihat ikut arah jam,
Masukkan kicap,sos tiram, sos sotong  daun sawi , air
  dan kerang  kacau sehingga sebati 







Akhirnya masukan kuehtiau dan tauge lalu dikacau
sehinga sebati dan rata.






Di bawah ini kuehtiau kerang telah sedia untuk
dihidangkan .Selamat menjamu selera ye.
Masakan ini mengambil masa lebih
kurang 25- 30 minit saja.








Sekian , wassalam ,bye...






Jumpa lagi di Blog


Isnin, Mei 30

MASAK LEMAK PERUT BERTERUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Apa khabar semua... tidak lama lagi Bulan penuh barakah iaitu Ramadan Al Mubarak 
Ramadan Al Mubaraq akan menjelma..Alhamdulilah...Maka akan 
bermulalah  rutin puasa dan pelbagai lagi  ibadah kita bagi umat Islam. 
Di masa  inilah peluang  mengumpul pahala berganda. Insyaallah  semoga
Allah  memberi kekuatan dan  azam  untuk beramal ibadah pada tahun ini . 
Oklah  seterusnya  hari ini saya ingin berkongsi  resipi Masak Lemak
 Perut Lembu Berterung  sepeti gambar di bawah ini.  Maaf ye . .kali
 ini saya tidak  memasukkan  gambar atur cara memasak. 
Ini kerana  cara masak ini sama seperti lebih kurang
 masak lemak   ikan masin timun  yang telah
 saya catatkan dahulu .Boleh baca di SINI








Bahan - bahannya (A) kisar :

 Bawang merah - 5 biji

Bawang putih - 2 biji

Halia - 1 cm

Lengkuas - 1cm

Isi Kunyit - 1 cm

Cili Api/burung - 6 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)



Bahan B

Perut lembu  300 gram ( cuci , potong dan rendam dengan air panas & 
 sedikit garam  20 minit) 

Terung bulat 3 biji - potong 4

Pati Santan  - 1 kotak sederhana

Daun kunyit - 1 helai

Asam keping 3 keping

Serai - 1 batang ( ketuk- ketuk )


Garam / Gula/Serbuk perasa secukup rasa

Sedkit air  ( tambah mengikut keperluan)

Sedikit Minyak untuk menumis


Cara Masak

 Panaskan minyak, kemudian tumis bahan A hingga garing dan wangi.
 Masak guna api sederhana saja.

Seterusnya Masukkan serai, terung, air, daun kunyit, asam keping dan
 biar mengelegak.

Seterusnya setelah terung agak lembut ,lalu masukkan  perut lembu, santan
 dan masak dengan api yang perlahan.

Akhir sekali , masukkan garam /gula/ serbuk perasa
secukup rasa.







Masak lemak  perut lembu  berterung  masih dalam periuk .







Diatas ini gambar masak lemak perut berterung dari pemandangan 
gambar kecil dan besar. Masak kan ini mengambil masa antara
35- 45 minit .






Selamat berpuasa dan beramal ibadah...di bulan Ramadan tahun ini

Wassalam

Sekian , jumpa lagi di Blog